• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Malaysia Perkenal HR-V (2021) dengan Ciri Dipertingkat, Harga Bermula RM104k!

Honda Malaysia Perkenal HR-V (2021) dengan Ciri Dipertingkat, Harga Bermula RM104k!

January 13, 2021 By AO Leave a Comment

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia hari ini memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) HR-V (2021) versi dipertingkat (facelift) dengan ciri baharu dan luaran dinaik taraf untuk varian Sport Hybrid pada harga bermula serendah RM 104,000.

Bagi meneruskan kejayaan SUV popular itu, berikut ciri baharu yang dilengkapkan pada HR-V (2021) facelift ini:

  • Warna putih baharu sebagai pilihan, iaitu Platinum White Pearl.
  • Semua varia mendapat unit infotainment Display Audio 7 inci yang serasi konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
  • Dua port USB baharu di konsol tengah

Varian hibrid, HR-V Sport Hybrid i-DCD (2021) pula didatangkan dalam penampilan moden lebih segar dengan naik taraf luaran melibatkan:

  • Lampu LED penuh - lampu utama, lampu belakang dan lampu kabus depan
  • Hendal pintu krom baharu
  • Stereng kulit 3-jejari baharu

SPESIFIKASI HR-V (2021) FACELIFT BAHARU

  • Ada empat varian: E, V, RS dan Sport Hybrid i-DCD.
  • Varian E, V dan RS dikuasakan enjin 1.8L SOHC i-VTEC dengan transmisi Automatik CVT
  • Berbanding varian lain, HR-V RS dilengkapkan sistem stereng Nisbah Gear Variabel (VGR) untuk pengalaman pemanduan sport.
  • Penampilan varian RS lebih sporty dengan ciri rim aloi dwi-tona 18 inci, gril depan sporty, dan bampar depan dan belakang hitam.
  • Varian HR-V Sport Hybrid i-DCD dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan teknologi Suntikan Terus (DI) yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dan Motor Kuasa Tinggi Bersepadu (IHPM) menerusi bantuan bateri lithium-ion.
  • Output kuasa enjin dan motor elektrik dihasilkan HR-V Sport Hybrid i-DCD menyamai enjin 2.0L.
  • Ciri istimewa ditawarkan HR-V (2021) facelift ialah: kamera pandang belakang pelbagai sudut, kawalan jelajah, pedal syif, kerusi pemandu elektrik 8-tetapan, dan Honda Lane Watch.
  • Ciri keselamatan standard pula terdiri daripada: enam beg udara, signal henti kecemasan (ESS), brek pegun automatik (ABH), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Daki (HSA) dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.
  • Harga ditawarkan:
    • HR-V E - RM104,000
    • HR-V V - RM113,421.92
    • HR-V RS - RM118,581.81
    • HR-V Sport Hybrid i-DCD - akan diumumkan dalam masa terdekat

FAKTA HR-V DI MALAYSIA

  • Diperkenalkan Honda Malaysia pada 2015 dan hingga kini sudah terjual lebih 98,600 unit seluruh negara.
  • Versi facelift pertama dilancarkan pada Januari 2019 dengan pengenalan varian RS dan Sport Hybrid buat kali pertama.
  • Pada 2020 , HR-V menjadi model SUV ketiga paling laris di pasaran Malaysia, menyumbang 17 peratus kepada keseluruhan jualan Honda Malaysia.
  • Varian V paling laris dengan menyumbang 41 peratus kepada keseluruhan jualan HR-V.
  • Majoriti pembeli HR-V memiliki Passion Red Pearl (merah) sebagai warna pilihan, melibatkan 30 peratus jualan diterima.
  • Kekal sebagai SUV bukan nasional paling laris di Malaysia dengan menguasai 73 peratus pasaran setakat November 2020.

Artikel Berkaitan

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda HR-V (2021) Facelift, Honda Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
    #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
  • #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah
    #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my