• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nak Hos Turbo Pun Tunggu Lebih 2 Minggu, Lelaki Ini Tulis Surat Terbuka Kepada Proton

Nak Hos Turbo Pun Tunggu Lebih 2 Minggu, Lelaki Ini Tulis Surat Terbuka Kepada Proton

January 17, 2021 By Azhan O 20 Comments

5.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG bapa di Bandar Baru Bangi, Selangor nekad menulis surat terbuka kepada Proton di media sosial kerana tidak berpuas hati dengan Pusat Servis di Kajang.

Marah bukan tidak bersebab, pemilik Facebook Abdul Halim Din nyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya atas kelewatan dan ketidakpedulian Proton Victorange Automobile 4S Kajang dalam mendapatkan komponen hos turbo untuk model Exora yang baru dibeli anaknya pada November 2020 (kira-kira dua bulan lalu).

Bayangkan, Exora anaknya itu dihantar ke premis berkenaan pada 22 Disember 2020 dan hanya siap pada 7 Januari 2021 selepas 16 hari tersadai di bengkel.

Itupun sebab dia sendiri belikan alat ganti tersebut secara atas talian dan diposkan ke Pusat Servis itu untuk ditukar baharu. Kalau betul-betul ditunggu respons premis berkenaan, entah berapa lama pula kereta baharu itu boleh keluar dari bengkel?

Masalahnya, hos tersebut bukanlah komponen yang susah hendak dicari sama ada atas talian atau kedai alat ganti. Kenapa lambat sangat sampai kena tunggu lebih dua minggu? Adakah Proton ada prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang menghalang Pusat Servis mereka mendapatkan alat ganti selain daripada vendor tertentu atau terus dari kilang?

Sudah tentu insiden ini tidak patut berlaku kerana kerosakan dialami bukanlah kerana masalah ketiadaan alat ganti di pasaran, atau enjin rosak teruk, tetapi berpunca kegagalan Pusat Servis itu mendapatkan alat ganti. Membiarkan pelanggan menunggu terlampau lama untuk kerosakan kecil boleh dianggap sebagai perkara sangat memalukan bagi sesebuah Pusat Servis berstatus pengeluar gergasi tempatan.

Ia seperti kita pergi ke bengkel biasa untuk menukar lampu signal, tetapi kereta tersadai sampai dua minggu kerana pomen beritahu tiada alat ganti. Sedangkan kita sendiri tahu itu bukanlah komponen yang sangat jarang ditukar atau berstatus rare.

BACA >>> #PanduUji: Proton Exora (2019) Facelift, Masih Berbaloikah untuk Dimiliki?
BACA >>> Apakah Hos Penyejuk Minyak (OCH)? Kenapa Penting untuk Kereta Automatik, Turbo?

Kami menggesa Proton bertindak segera untuk menangkis persepsi buruk orang ramai terhadap reputasi pengeluar itu.  Ini bukan serkap jarang, tetapi apa berlaku sebenarnya berpunca daripada layanan dan tindakan pusat servisnya sendiri.

Di bawah ini kami kongsikan surat terbuka Abdul Halim kepada Proton (tulisan sudah disunting supaya mudah dibaca):

Bismillah...

Surat Terbuka Buat PROTON MALAYSIA.

Saya telah menguruskan pembelian sebuah Proton Exora Turbo untuk anak saya yang tinggal di Bandar Baru Bangi. Pembelian dibuat di Ipoh dalam bulan November 2020.

22 Disember 2020, Exoranya rosak dan dibawa ke Pusat Servis Proton di Kajang.

Mengikut mereka, hos turbo pecah. Keretanya telah dibawa keluar dan siap pada 7 Januari 2021. Pelbagai alasan diberikan kepada saya. Tiada barang ganti, HQ buat stock take. Masa berjalan dan saya kerap follow up dengan We-Care Proton dan Pusat Servis tersebut.

Menunggu dengan harapan, langsung tiada panggilan daripada wakil We-Care Proton dan Pusat Servis. Tinggallah nombor telefon saya kepada mereka, telefon la banyak kali, namun hampa.

Anak saya nombor 2 ialah seorang mekanik, dia beri saya idea untuk bertanyakan Pusat Servis detail barang yang rosak.

Saya pun menghubungi Pusat Servis, minta mereka bagi gambar barang yang rosak. Saya mengatakan kepada mereka, saya akan cuba usaha mencari barang yang rosak itu di Ipoh.

Pusat Servis telah menghantar kepada saya gambar barang yang  yang rosak berserta kod. Saya tunjukkan kepada anak saya yang mekanik ni gambar yang dihantar mereka.

Hos turbo ni.., berlambak kat Ipoh ni, boleh cari di kedai alat ganti.

Beliau menelefon kawannya di AQ Supplies Sdn Bhd (Medan Kid Ipoh) bertanyakan tentang hos turbo tersebut. Kawannya kata ada. Saya bergegas ke kedai tersebut dan berjaya dapatkannya dengan harga RM95.

Terus saya mohon alamat Pusat Servis tersebut dan dihantar ke alamat yang diberikan melalui courier J&T pada 5 Januari 2021.

6 Januari 2021, Pusat Servis terima alat ganti yang dihantar, dan 7 Januari 2021, anak saya membawa Exoranya keluar.

# Alat ganti yang saya beli tidak boleh dituntut jumlahnya.
# Anda langsung tidak menghubungi saya.
# Saya amat kecewa dengan perkhidmatan anda, PROTON.
# Sepatutnya sama-sama mencari penyelesaian, bukannya sibuk birokrasi. tunggu HQ Proton.
# Anak duduk Lembah Kelang, bukan duduk hulu kampung, teruk sangat ke nak cari alat ganti di tempat lain?
# Langsung tiada kereta ganti.
# Hos Turbo je. Takkan tak ada barang ganti?

Related

5.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aduan Proton Exora, Auto Terkini, Komplen Proton, Proton, proton exora, Surat Terbuka Kepada Proton

Comments

  1. masuda says

    January 18, 2021 at 7:46 AM

    mentaliti problem. Tiada rasa nak maju, nak serve customer.

    Reply
  2. Proton??? says

    January 18, 2021 at 10:55 AM

    Aku kna 2 bulan lbih... Nk tukar set turbo tp xde stok... Alasan tu saja lah duk ulang2...last2 amik balik kete buat kt bengkel luar... 3 hari siap... Service mmg out lah Proton!

    Reply
  3. awang says

    January 18, 2021 at 1:10 PM

    ya mmg cam lahanat servis

    Reply
  4. Azee says

    January 18, 2021 at 1:22 PM

    Sy juga pernah di kecewakan oleh pusat services proton serta ditipu.. Terpaksa Bertukar tukar pusat service dari gombak ke enggang ke keramat ke jalan pahang.. Saya sanggup bayar.. Tetapi services tidak professional.. Ada saja alasan.. Mohon maaf cakap.. Amat kecewa Dengan bangsa kita sendiri.. Mcmana nak maju.. Belagak ja lebih.. Tapi service.. Tk professional....

    Reply
  5. Yazid Said says

    January 18, 2021 at 1:55 PM

    Perkhidmatan teruk , aku dh kena beli Persona kt KEB Auto Jalatek 1 .5 baru dapat , hampas

    Reply
  6. Porto says

    January 18, 2021 at 4:29 PM

    Proton..sy pun terkena sama..proton dah termasuk jenama blacklist dah klu nk beli kenderaan masa depan...sapa2 pun sy kenal xrekomenkan py...sakit hati sgt dgn pusat servis indah kabar dari rupa...

    Reply
  7. Mr lee says

    January 18, 2021 at 6:35 PM

    Tukar luar je, murah shj harganya. Sekejap je pasangnya, tak sampai 30 minit pun. Utk exora biasa masalah ni

    Reply
  8. John says

    January 18, 2021 at 6:44 PM

    Saya pun pernah pakai Exora...hantar pusat servis...lepas servis...x pernah call @ wspp bertanya mengenai layanan pusat servis. Sehingga saya jual Exora. Berbeza saya pakai kereta jenama luar. Lepas hantar servis mesti call @ wspp bertanya layanan pusat servis. Sehingga saya beli kereta jenama lain, pusat servis kereta lama saya (bukan Exora) bertanya kenapa saya tidak mengunjungi pusat servisnya. Pusat servis Proton.....tidak pernah sekali pun telefon sepanjang saya menggunakan Exora selama 6 tahun

    Reply
  9. Mick says

    January 18, 2021 at 8:48 PM

    Service after sales kelaut. Proton👎

    Reply
  10. abd manaf says

    January 18, 2021 at 8:50 PM

    x beli barangan m'sia dikata sombong...bila dah support ini lah masalah nya...baik sangat lah gulung tikar....

    Reply
  11. Jemi says

    January 18, 2021 at 10:19 PM

    Proton bab servis dulu kini dan selamanya tidak berubah. 13 thn lepas aku dah alami pomen bawah pokok kerja lg cepat. Siapa pengurus servis sila letak jawatan. Mesti melayu kan

    Reply
  12. Samsurie ramli says

    January 18, 2021 at 10:27 PM

    Sebab tu la saya takut nak beli barang malaysia dan hantar service dicenter, lebih baik baiki dibengkel luar sahaja. Harap service center kena tukar nama jadikan kedai service.

    Reply
  13. Jason ong says

    January 18, 2021 at 11:33 PM

    I sangat fed up proton service.. Bukan semua centre macam itu.. I beli exora last year.. Good recommenfed by seller.. Selepas beli.. Bila i mau servis my car.. Bad reputation from mechanic n proton staff.. Stupid, lazy and typycal doing mistake.. Please la improve.. We are malaysian and we luv our nasional product.. After this we should wrote n send by emel to our management proton or chairman.. And show them where the service centre and their staff doing bad

    Reply
  14. ZAIDI BIN AHMAD says

    January 19, 2021 at 12:04 AM

    Reverse camera saya rosak model exzora premium since day one lagi. Warranty claim dah 3 bulan masih terima jawapan no stock.

    Reply
  15. jamal says

    January 19, 2021 at 12:58 AM

    Saya pun ada masalah yg sama. Ezora saya putus timing belt masa tgh memandu. hantar pusat servis di kuantan pada 2.11.20. kena tukar 1 set head katanya. Harapkan waranty kena reject walaupun baru 2 tahun beli dgn 90ribu km. jenuh bertekak. tp xdpt jgak waranty.

    tunggu punya tunggu barang x sampai². gila dibuatnya menunggu kereta. sudahnya report ke hq pun xde telifon kita balik.

    Setelah lebih 2 bulan menunggu iaitu 12.1.21 baru siap kereta tu dgn bayaran hampir rm6ribu.
    Memang teruk betul servis PROTON ni.

    Reply
  16. SURIATI MAT DAN says

    January 19, 2021 at 7:09 AM

    Kebanyakan pusat servis proton bos dia cina..pekerja je melayu

    Reply
    • Abang GYL says

      January 20, 2021 at 1:17 PM

      Rasanya itu bukan isu utama

      Reply
  17. Pendekar laut says

    January 19, 2021 at 11:25 AM

    Bukan nak mgata ke apa...apa yg tuan alami ini saya dah alami dulu....salah 1 sebab kenapa saya dah tak pakai jenama pengeluar model.ini sebab tuelah.kecewa dengan pusat service....biasanya alat ganti bukan ori tapi copy kelas 1...

    Reply
  18. Z says

    January 19, 2021 at 5:30 PM

    Proton ni ok dah, berkualitilah juga, setamdimg dgn jenama lain tetapi bila tang service....x ok, x berkualiti, ambil mudah, tu pasal proton gah tapi x gagah. Bend boleh buat 2 3 hari jdi 2 3 minggu, ini lah yg memburukkan repUtasi proton sendiri. PIHAK PROTON LIHATLAH INI SEBAGAI CABARAN MENINGKATKAN KUALITI DAN PRESTASI

    Reply
  19. RAZIF MD RASHID says

    January 26, 2022 at 11:39 AM

    SAYA MEWAKILI GROUP PROTON EXORA DAN JUGA PENGGUNA EXORA MEMOHON DAN MERAYU AGAR SEMUA PIHAK DAPAT MEMBANTU KAMI UTK MENEKAN PIHAK PROTON UTK SELESAIKAN MASALAH OCH...APA YG BERLAKU SKR UMPAMA ANJING MEYALAK BUKIT...MEREKA X ENDAHKAN LANGSUNG KELUHAN PEMBELI....BYK KELUHAN PEMBELI YG TERSADAI DITEPI HUTAN DAN HIWAY KRN MASALAH INI...WALAUPUN ADA WARANTTY..TAPI SC AKAN AMBIL MASA BERMINGGU UTK SIAPKAN MASALAH OCH..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev