SEGMEN moped bakal menerima pesaing baharu apabila SYM Malaysia mengesahkan akan membawa masuk SYM Super Moped 175i menjelang suku ketiga 2017 (Julai - September), tahun ini.
Menurut sumber daripada SYM Malaysia, model moped itu kini sedang menjalani proses ujian. Yang pasti, kehadiran SYM Super Moped 175i bakal memberi cabaran besar buat Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R.
Apa tidaknya, segmen moped di bawah 150cc yang didominasikan oleh Yamaha Y15ZR kini sudah ada pesaing baru.
Namun, kami tidak didedahkan dengan spesifikasi SYM Super Moped 175i. Dari segi prestasi, SYM Super Moped 175i bakal dipadankan enjin 175cc. Ya, ia enjin moped terbesar setakat ini.
BACA>>> SYM Sport Rider 125i – Pencabar Baharu Segmen Moped
HARGA
Kami sempat bertanya kepada sumber SYM Malaysia, berapakah anggaran harga jualan SYM Super Moped 175i. Menurutnya, SYM Super Moped 175i bakal dijual pada harga kompetitif iaitu sekitar RM7,500.
Wow, memang murah jika dibandingkan dengan Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R. Bagi melihat perbandingan harga antara Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R, sila BACA SINI.
Persoalannya, mampukah SYM Super Moped 175i memikat hati rakyat Malaysia? Apakah ia akan memberi saingan hebat buat Yamaha Y15ZR atau Honda RS150R.
Mari kita sama-sama nantikan. Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan di PanduLaju.
ucuayoy says
bila nak masuk malaysia???brp h/p???cc besar kalau honda rs150r dengan yamaha y15zr boleh potong senang-senang je baik tak payah bawa masuk malaysia
zaman says
bila nak masuk malaysia?berapa h/power?kalau honda rs150r dan yamaha y15zr senang-senang je nak potong atas jalan raya baik tak payah masuk malaysia
Awang lc says
Taiwan nie...cmpoq gst+untung kdai+otr..bla2..lajak 8k lbih..emmmm
Poklah TukangGambar says
Gambar yg atas monoshock, gambar yg bawah dual shock biasa ~ mana satu yg betul?
Awanglokan says
Klu jenama nimota thp besi buruk mcm mempalat harajadoh
Awanglokan says
Aku berangan nok angkt modejaj pendekar ns250 tnggu bila nok kuar ntah-2 modenas lena lgi maklulh modenas ni dri tinggln dri tm
Awanglokan says
Bila mahu 175cc ni nma apa erkk sym
chetah 175cc baru gmpak mcm modenas model bru pulsar tu xgnas nmanya doh lh tkor nma pda bgu hehe
Comark says
Mohon admin buat perbandingan kesemua model 150cc.. Yamaha, honda, modenas, benelli, sym..tidak dilupakan harga OTR
ABG GYL says
Insha Allah akan diusahakan
AYIE says
bila nak masuk malaysia?berapa h/power?kalau honda rs150r dan yamaha y15zr senang-senang je nak potong atas jalan raya baik tak payah masuk malaysia
Saga3 says
Jika harga body rm7500,maka harga OTR kemungkinan rm8100-rm8200.. Harga yang sangat berpatutan..
awien says
bila dilancarkan...sporty...trbaik lah..ad kemajuan..
krakatoa says
kalau betul bagus la. nak beli rs rege sampai 10-11k tak mampu la pulak. tgok da banyak orng pakai sym 125 takat ini takda problem. enjin pun tak kasar macam muto china.
Pok kong says
Motor sym 175i pkai clutch tangan ke tak??????
N
Zikir@RafieeMdNor says
Sy dah ada sym vf3i memang berbaloi harga n persembahannya, klu ada rezeki sym 175 sy nak beli juga.