• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BSH Perkenal Honda EX-5 Aniversari ke-35 dengan Lencana dan Grafik Khas, Harga Mula RM5k

BSH Perkenal Honda EX-5 Aniversari ke-35 dengan Lencana dan Grafik Khas, Harga Mula RM5k

January 14, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) memperkenalkan baharu Honda EX-5 Aniversari ke-35 (2021) sempena meraikan ulang tahun ke-35 kehadiran model legenda tersebut di pasaran tempatan.

EX-5 kali pertama diperkenalkan pada 1987 dan menjadi pilihan ramai pembeli Malaysia pelbagai peringkat usia berikutan faktor ketahanan dan reliabiliti luar biasa. Malah kapcai ini menjadi sebahagian pengangkutan utama rakyat negara ini dengan jualan lebih 2 juta unit.

Berikut fakta tentang EX-5 Aniversari ke-35 (2021):

  • Menampilkan lencana istimewa dan rekaan grafik berbeza.
  • Dikuasakan enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 110cc SOHC penyejukan udara berkuasa 8.54hp @ 7,500rpm dan tork 8.62Nm @ 5,500rpm.
  • Transmisi jenis klac automatik 4-kelajuan.
  • Sistem pembakaran menggunakan teknologi suntikan bahan api PGM-FI untuk kecekapan bahan api lebih baik, dan mengurangkan emisi.
  • Memiliki dimensi panjang 1,923mm, lebar 696 dan tinggi 1,046mm, manakala jarak roda 1,212mm.
  • Tinggi pelana 747mm, dan jarak lega bumi 68mm , manakala berat 97kg (rim jejari) dan 99kg (rim tuang)
  • Kapasiti tangki mampu mengisi 4.3 liter petrol.
  • Menggunakan sistem penghidup elektrik dan tendang (kick-starter).
  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang.
  • Sistem henti menggunakan brek dram di depan dan belakang.
  • Bahagian roda dipasangkan tayar bersaiz 70/90–17 M/C38 (dengan tiub/tanpa tiub) di depan; dan 80/90–17 M/C50P (dengan tiub/tanpa Tiub)
  • Ditawarkan dalam dua [2] pilihan varian dan harga seperti berikut:
    • Rim tuang - RM5,009
    • Rim jejari - RM4,783

BACA >>> Apakah Perbezaan Quick Shifter dan Klac Auto Kapcai Seperti Honda EX-5?
BACA >>> Menteri: Kerajaan Tiada Hasrat Hapuskan Kapcai untuk Kurangkan Kemalangan

Related

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda EX-5, Kapcai, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev