• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

#Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

January 13, 2021 By Aryon Leave a Comment

8.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Exciter 155 VVA
baru saja dilancarkan di Vietnam pada 30 Disember lalu dengan kapasiti enjin lebih besar (155cc) berasasan trenkuasa R15 berserta teknologi injap variabel VVA dan transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat.

Terbaharu, seorang pemilik Exciter 155 VVA di Vietnam, Vlog 135i memuat naik video di laman YouTube yang merekodkan kelajuan maksimum supermoped itu. Had kelajuan paling tinggi dipaparkan spidometer kapcai tersebut ialah 151kmj dalam gear 6 dan rev lebih 10,000rpm. Bagaimanapun, rekod GPS yang ditunjukkan pada sudut kiri atas video itu menunjukkan angka 146kmj.

BACA >>> Inilah 15 Ciri Menarik Dimiliki Yamaha Exciter 155 VVA (2021)

Dengan ralat meter sekitar 4-5kmj berbanding GPS, kelajuan Exciter 155 VVA memang mengujakan, dan mampu membuatkan bakal pemilik 'Waisuku V3' baharu di Malaysia tersenyum penuh kebanggaan.

yamaha-exciter-155-vva-2021-vietnam-9
yamaha-exciter-155-vva-2021-vietnam-10
yamaha-exciter-155-vva-2021-vietnam-14
yamaha-exciter-155-vva-2021-vietnam-11
yamaha-exciter-155-vva-2021-vietnam-8
yamaha-exciter-155-vva-2021-vietnam-4
yamaha-exciter-155-vva-2021-vietnam-15
yamaha-exciter-155-vva-2021-vietnam-3

Secara terperinci, Exciter 155 VVA dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 17.7hp @ 9500rpm dan tork 14.4Nm @ 8,000rpm. Trenkuasa baharu ini menggunakan injektor yang ditambah baik, diambil daripada teknologi R1 dengan sudut suntikan 18º dan 10 injektor.

Ciri lain dimiliki supermoped Yamaha ini ialah kluster instrumen multifungsi LCD digital penuh, sistem kunci pintar dengan butang 'Answer Back', kaliper brek depan dwi-piston, klac antigelincir Assist & Slipper (A&S), suis pemati enjin, tangki minyak 5.4 liter, dan soket kuasa 12V.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

Ada tiga varian ditawarkan Exciter 155 VVA versi Vietnam pada harga seperti berikut:

Standard
Premium
Yamaha Exciter 155 VVA GP
  • Standard - 46.99 juta dong (RM8,280)
  • Premium  49.99 juta dong (RM8,770)
  • GP - 50.49 juta dong (RM8,900)

Related

8.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Kapcai, motosikal, roda2, Supermoped, videotomotif, Yamaha, Yamaha Exciter 155 VVA (2021), Yamaha Motor Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev