• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Inilah Maksud Sebenar 'CBR' untuk Sportbike Honda

#TahukahAnda: Inilah Maksud Sebenar 'CBR' untuk Sportbike Honda

January 12, 2021 By Han Othman Leave a Comment

889
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINAT motosikal tentu kenal dengan lencana 'CBR' yang merujuk kepada siri model sportbike Honda. Asal nama 'CBR' diperkenalkan pengeluar motosikal dari Jepun itu pada 1983 menerusi model CBR400 yang debut sebagai naked bike. Model semi-fairing dan fairing hanya muncul dua tahun selepas itu.

Model Honda siri CBR tidak perlu menunggu lama untuk  mendominasi pasaran dua roda dunia. Nama tersebut juga sentiasa dibualkan dan menjadi topik hangat dalam forum dan komuniti motosikal. Soalannya, apakah maksud 'CBR'? Adakah ada maksud tertentu yang tersembunyi?

Ramai peminat Honda cuba meneka, manakala Honda pula tidak pernah berterus-terang hingga muncul nama popular seperti 'City Bike Racer' dan 'Cool Boy Ride'. Faktanya, maksud sebenar singkatan itu tidaklah cool seperti disangka.

CBR400F ialah model pertama Honda dengan lencana CBR.

CBR ialah singkatan kepada 'Cross Beam Racer', merujuk kepada posisi enjin yang melintang sepanjang rasuk frem motosikal. Fakta tambahan, semua model Honda siri CBR menggunakan enjin sebaris (inline) kecuali untuk model silinder tunggal seperti CBR125R, CBR150R, CBR250R dan CBR300R.

Hmm... maksud sebenar tidaklah cool atau seganas disangka.

 

BACA >>> Tiga Tahun Penantian Berakhir, Honda CBR250RR Kini di Malaysia, Harga RM25,999!
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Suzuki Katana yang Perlu Anda Tahu

Related

889
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Apakah Maksud 'CBR', autotainment, Maksud Honda CBR, roda2, Singkatan 'CBR', sportbike, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev