• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Tidak Sampai Sebulan Sudah Ada Mat Motor Vietnam Bikin Yamaha Exciter 155 VVA!

#BikinMotor: Tidak Sampai Sebulan Sudah Ada Mat Motor Vietnam Bikin Yamaha Exciter 155 VVA!

January 11, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU saja dilancarkan 29 Disember 2020, tetapi sudah ada pemilik dari Bandar Ho Chi Minh, Vietnam yang mengubah suai Yamaha Exciter 155 yang bukan saja melibat aspek kosmetik, tetapi juga prestasi.

Exciter 155 ini masih mengekalkan rupa asli model berkenaan yang mana pemilik hanya menukar suspensi asal untuk mendapatkan fiil tunggangan lebih sporty dan mantap.

Paling menarik ialah bahagian depan yang dipasangkan unit fork terbalik (USD) berjenama Racing Boy (RCB) boleh laras, berharga 13 juta dong (RM2,270). Selain itu, rim asal turun ditukar kepada aloi 5-jejari yang lebih ringan.

Semua komponen brek dan hendal menggunakan unit RCB, seperti grip hendal, tuil brek dan tuil klac. Punat sebelah kanan dinaik taraf kepada jenis lebih ringkas dengan hanya dua butang sebagai penghidup dan pemati enjin.

Bagi meningkatkan kestabilan, Exciter 155 ini dipasangkan stabiliser untuk melaraskan tahap keras dan lembut redaman fork mengikut situasi tunggangan. Saiz silinder kekal sama, dan apa yang diubah suai ialah penapis udara untuk meningkatkan prestasi. Selepas dinaik taraf, kapcai ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 17.1hp dan tork 14.6 Nm.

Semua skru pada motosilal digantikan kepada jenama Salaya berwarna metalik. Jangan terkejut, kos tukar komponen kecil ini saja melibatkan kos bernilai 4 juta dong (RM700).

Swingarm turut menggunakan jenama RCB yang tampil unik dan ringan. Lampu belakang dipadankan dengan sepasang lampu signal belok LED yang sama seperti Honda Winner X, dan diposisikan sedikit ke atas. Berbanding lampu asal, lampu signal baharu ini nampak lebih kemas.

Pemasangan suspensi baharu memberikan fiil tunggangan lebih tegap dan solid yang mana penunggang boleh membuat tetapan redaman mengikut keselesaan, dan gaya tunggangan.

Exciter 155 ini menggunakan banyak komponen Exciter 150. Jadi ubah suai dilakukan hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk disiapkan. Kos modifikasi pula menelan belanja setinggi 100 juta dong (RM17,430). Memang mahal kerana nilai setinggi itu sudah membolehkan tuan motor membeli dua lagi Exciter 155 baharu.

BACA >>> Yamaha Exciter 155 (2021) Masih Tiada ABS? Perlukah Kapcai Ada ABS?
BACA >>> CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!

SUMBER: ZingNews.vn

Related

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Auto, bikin motor, Kapcai, Supermoped, Vietnam, Yamaha, Yamaha Exciter 155 VVA, Yamaha Motor Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my