• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Rolls-Royce Sebelum Trump Jadi Presiden AS Hendak Dilelong, Dianggar Cecah RM1.6j!

Rolls-Royce Sebelum Trump Jadi Presiden AS Hendak Dilelong, Dianggar Cecah RM1.6j!

January 11, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ROLLS Royce Phantom (2010) milik Donald Trump disenaraikan dalam senarai kereta rumah lelongan Mecum Auctions yang dipertimbangkan sebagai kereta koleksi bernilai tinggi. Kereta mewah ini kerap digunakan mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu sebelum beliau menjejak kaki ke Rumah Putih. Bagaimanapun, tidak diperincikan berapa lama kereta itu dimilikinya.

Luaran Phantom tersebut masih kekal asli dengan warna hitam keunguan, sama seperti model Phantom lain dan dipadankan rim 7-jejari 21 inci.

BACA >>> 'The Beast' - Kereta Paling Selamat Dunia Khas untuk Presiden Amerika

Dengan perbatuan 91,249km, Phantom Trump itu dianggarkan bernilai antara AS$300,000-AS$400,000 (RM1.2 juta-RM1.6 juta) berbanding Phantom (2009-2011) terpakai lain yang berharga kira-kira AS$150,000 (RM606,530). Bahagian kabin lengkap dengan Pakej Theater dan pelapik bumbung Starlight serta tirai elektrik yang memisahkan bahagian depan untuk privasi penumpang belakang.

Bagi meningkatkan nilai Phantom itu, Trump turut menandatangani buku manual model itu dengan coretan;

I loved this car - It is great. All the best"
(Saya suka kereta ini, hebat dan selamat maju jaya).

Phantom Trump ini dijana enjin V12 bersesaran 6.75L yang menghasilkan kuasa 454hp @ 5,350rpm dan tork 720Nm @ 3,500rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan dalam pacuan roda belakang (RWD).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kereta yang Pegawai Imigresen Gred KP19 Layak Beli?
BACA >>> 14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Donald Trump, Mantan Presiden AS, Presiden Amerika Syarikat (AS), Roda4, Rolls-Royce, Rolls-Royce Phantom

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev