• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Dayang ADV 150 (2021) - Lagi Klon Honda ADV 150 Muncul di China

Dayang ADV 150 (2021) - Lagi Klon Honda ADV 150 Muncul di China

January 8, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENAMA motosikal paling banyak menjadi mangsa plagiat pengeluar dari China ialah Honda. Boleh dikatakan kebanyakan produk popular Honda kerap diciplak, misalnya Dream, Wave dan Vario.

Terbaharu, Dayang Motorcycle melancarkan skuter advencer, dinamakan ADV 150 yang memang jelas mengambil ilham Honda ADV 150. Selalunya, pengeluar China hanya meniru rekabentuk dan menggunakan nama berbeza, tetapi Dayang mengekalkan nama asal produk ditirunya, ADV 150.

Melihat dari jauh memang sukar hendak membezakan kedua-dua model itu jika nama dan logo asal disembunyikan. Perbezaan hanya melibatkan perincian kecil. Dari segi keseluruhan rekabentuk, bahagian depan, visor, absorber, lebar bar hendal, dan paparan skrin adalah sama seperti Honda ADV 150 .

Dayang ADV 150 menampilkan rekabentuk lasak yang menggabungkan gaya badan touring untuk keselesaan tunggangan jarak jauh, dan keupayaan off-road bagi meredah permukaan rupa bumi tidak rata.

Perbezaan paling ketara antara Dayang ADV 150 dan Honda ADV 150 ialah rekaan lampu depan dan belakang. Bahagian depan dipadankan ciri LED dengan 4 kluster projektor berserta dua jalur LED dan lampu signal seakan kening. Lampu LED Honda ADV 150 pula tidak didatangkan dalam bentuk kluster. Lampu belakang LED Dayang pula berbentuk V.

 

Selain itu, Dayang ADV 150 didatangkan dengan kamera depan dan belakang yang mampu merakamkan dan memaparkan imej pada panel pemuka.

Dayang ADV 150 ini menggunakan sistem kunci pintar, manakala kapasiti tangki minyak mampu mengisi 3.9 liter petrol, diletakkan pada lantai kaki. Bahagian roda disokong fork teleskopik (depan) dan dwi-absorber (belakang) serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Rim bersaiz 14 inci di depan dan 13 inci di belakang.

Menariknya, trenkuasa skuter advencer ini dijana enjin hibrid 150cc penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 16.2hp @ 8,500rpm dan tork 14.6Nm @ 6,500rpm.

Dayang masih belum mengumumkan harga rasmi ADV 150, tetapi dijangka dijual pada harga sekitar 12,800 yuan (RM8,000) di pasaran China.

BACA >>> 10 Motosikal China Copy Ori yang Serupa Tapi Tak Sama
BACA >>> Yinben YB200-A - Sportbike Neo Retro Klon Honda CB150R Exmotion dari China

dayang-adv-150-1
dayang-adv-150-2
dayang-adv-150-3
dayang-adv-150-4
dayang-adv-150-5
dayang-adv-150-6
dayang-adv-150-7
dayang-adv-150-8
dayang-adv-150-9
dayang-adv-150-10

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Dayang, Dayang ADV 150, roda2, skuter, skuter advencer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev