JENAMA motosikal premium dari Sweden, Husqvarna Motorcycles Malaysia kembali ke pasaran tempatan dengan memperkenalkan 10 model yang kini sudahpun berada di pusat jualan jenama itu.
Berikut model-model yang dibawa masuk.
STREET BIKE
- Svartpilen 250 - RM24,800
- Svartpilen 401 - RM29,800
- Vitpilen 401 - RM29,800
Svartpilen 401 dan Vitpelin 401 berkongsi enjin yang sama, jenis 4-lejang silinder tunggal 373cc penyejukan cecair berkuasa 44hp @ 9000rpm dan tork 37Nm @ 7,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan. Nisbah mampatan enjin ialah 12.6:1.
Kedua-dua model berkongsi aspek teknikal seperti frem keluli trellis Chromium-Molybdenum, fork terbalik (USD) 43mm WP Apex dengan travel 142mm (depan) dan monoschock WP Apex dengan travel 150mm (belakang), manakala brek jenis cakera 230mm dengan kaliper piston tunggal ByBre di belakang berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch 9.1MB.
Bagaimanapun, Vitpilen 401 menggunakan brek cakera 320mm dengan kaliper 4-piston ByBre di depan, dan brek cakera depan Svartpilen 401 bersaiz 300mm. Dari segi berat Vitpilen lebih ringan (151kg), manakala Svartpilen (152kg).
Dimensi kedua-dua model memiliki jarak tinggi tanah 145mm, tinggi pelana 835mm dan jarak roda 1,357mm. Svartpilen 250 (foto atas) pula ialah jentera khas yang sesuai untuk pemilik lesen B2 dengan kuasa 31hp dan tork 24Nm.
ENDURO BIKE
- TE 250i - RM44,000
- TE 300i - RM48,500
- TE 300i Rockstar Edition - RM57,800
- FE 250 - RM49,000
- FE 350 Rockstar Edition - RM58,800
Semua model menggunakan frem jenis ganda tengah Husqcradle 25CrMo4 dan subfrem gentian karbon diperkuat poliamida ProTaper. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi WP USD XPLOR 48 dengan travel 300mm di depan dan monoshock linkage WP XACT dengan travel 300mm di belakang.
Bahagian brek depan dan belakang masing-masing menggunakan cakera 260 dan 220mm. Tayar pula bersaiz 90/90-21 (depan) dan 140/80-18 (belakang). Dari segi dimensi, jarak roda berukuran 1,487mm, jarak kelegaan tanah (360mm) dan tinggi pelana (950mm).
Model TE 250i, TE 300i, TE 300i Rockstar Edition memiliki saiz tangki minyak 8.5 liter, manakala FE 250 dan FE 350Rockstar Edition pula 9 liter.
ENDURO
- FC 250 - RM42,500
Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 249.9cc dan dipadankan transmisi 5-kelajuan jenis klac basah multiplat DS dan hidraulik Magura. Menggunakan frem sama seperti model enduro, manakala bahagian roda FC 250 dilengkapi fork terbalik (USD) WP XACT-USD 48mm dengan travel 310mm (depan) dan monoshock WP XACT dengan linkage dan travel 3oomm (belakang).
Kecekapan membrek diserahkan kepada Brembo 260mm di depan dan 220mm di belakang, manakala tayar bersaiz 80/100-21 (depan) dan 110/90-19 (belakang). Jentera seberat 99.5kg itu dipadankan tangki minyak 7 liter dan tinggi pelana 950mm.
SUPERMOTO
- FS 450 - RM50,000
Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 449.9cc yang dipadankan transmisi manual 5-kelajuan. Menggunakan frem sama seperti model enduro, manakala bahagian roda dipadankan fork terbalik (USD) WP XACT-USD 48mm dengan travel 285mm (depan) dan monoshock WP XACT dengan linkage bersama travel 266mm (belakang).
Kecekapan membrek diserahkan kepada brek cakera 310mm (depan) dan 220mm (belakang). Menggunakan silenser jenis aluminium, dan berat jentera 102.8kg dengan saiz tangki minyak 7 liter.
BACA >>> 5 Kapcai Empat Lejang dengan Enjin Paling Berkuasa di Malaysia
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Motosikal Motocross, Enduro dan Dwi-Guna?
Rahim says
Saya berminat untok model te250i