• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Berjaya Auto Alliance Minta Pemilik Peugeot Kemas Kini Data

Berjaya Auto Alliance Minta Pemilik Peugeot Kemas Kini Data

January 6, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Disember lalu, GROUPE PSA mengumumkan penyerahan hak pengedaran jenama Peugeot di Malaysia kepada Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) yang juga memiliki hak dalam perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti untuk jenama Peugeot, Citroen dan DS di negara ini.

Terbaharu, inisiatif pertama dilakukan BAASB selepas mengambil alih jenama itu di Malaysia adalah meminta pemilik Peugeot mengemas kini maklumat pemilikan bagi membolehkan sistem menyemak dan menyelaraskan butiran waranti, menghantar notifikasi panggil balik (jika ada) dan menambah baik pengalaman pemilikan pada masa depan.

BACA >>> Berjaya, Bermaz Sah Ambil Alih Pengedaran Peugeot di Malaysia daripada Naza

Maklumat boleh dikemas kini di laman web rasmi Peugeot bermula 1 Januari 2021. Pemilik diminta menyediakan maklumat kad pendaftaran kenderaan, dan kad/buku servis percuma, dan waranti yang perlu dimasukkan ke laman web, termasuk melengkapkan butiran maklumat mengenai nombor pendaftaran dan nombor casis.

Semua maklumat tersebut akan dilindungi di bawah Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Malaysia.

BAASB juga mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan Peugeot atas sokongan, kesabaran, keyakinan, dan kepercayaan yang diberikan.

Pelanggan Peugeot kini boleh mendapatkan maklumat terperinci dengan melayari laman web rasmi Peugeot Malaysia, hantar segala pertanyaan kepada [email protected] atau hubungi Peugeot Customer Support di talian: 03-7627 8818.

BACA >>> Peugeot 2008 Allure Premium - SUV Versi Mewah yang Dipremiumkan

Related

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB), Peugeot, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev