MITSUBISHI memperkenalkan Outlander Sport (2021) untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) yang akan dijual bermula bulan depan pada harga bermula AS$20,995 (RM84,290).
Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu menampilkan ciri tambahan sebagai standard baharu seperti lampu suluh tinggi automatik (AHB), Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Mitigasi Perlanggaran Depan (FCM).
Mitsubishi Outlander Sport Limited Edition (LE)
Turut tersedia ialah varian Limited Edition (LE) yang dijual pada harga bermula AS$23,995 (RM96,360) dengan kemasan berasaskan varian ES seperti cat hitam pada gril, perumah cermin sisi dan rim aloi 18 inci. Edisi terhad itu juga menampilkan kabin diperbaharui dengan sulaman kontras benang merah pada kerusi, stereng, tombol gear dan brek parkir.
Mitsubishi turut mengembalikan semula varian serba hitam, Black Edition (BE) untuk tahun ini dengan kemas kini baharu seperti ventilator udara unik, grafik sisi badan dan rim 18 inci hitam dengan aksen merah, termasuk cermin hitam dan hendal pintu.
Bahagian kabin tersedia unit infotainment 8 inci dengan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay sebagai standard untuk semua varian kecuali S dan ES (saiz 7 inci). Varian ES ke atas juga dilengkapi wiper cermin depan, cermin sisi automatik dan lampu kabus LED.
Pasaran AS menerima dua varian enjin 4-silinder, iaitu 2.0L (148hp, 197 Nm) dan 2.4L (168hp, 226Nm) yang terhad kepada varian premium, GT AWC.
BACA >>> Mitsubishi Siar Foto Acah Outlander Serba Baharu, SUV Penting untuk Saingan Global
BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020
OUTLANDER SPORT (2021)
OUTLANDER SPORT LE (2021)
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply