• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Ucap Selamat Tahun Baru 2021 dengan Baju Petronas SRT

Rossi Ucap Selamat Tahun Baru 2021 dengan Baju Petronas SRT

January 4, 2021 By Aryon Leave a Comment

638
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RASANYA sudah terlalu lama peminat Valentino Rossi melihat beliau dalam sut biru navi Yamaha Factory, tetapi menjelang 2021, The Doctor secara rasmi bergelar pelumba Petronas Yamaha SRT.

Juara GP tujuh kali kelas premier itu meneruskan karier lumba untuk setahun lagi yang kali ini bersama Petronas Yamaha SRT bagi menggantikan pelana ditinggalkan Fabio Quartararo yang direkrut ke pasukan pengilang.

Namun, walaupun dilihat sebagai diturunkan taraf, tetapi Rossi diberikan keistimewaan yang tiada pada pelumba lain, iaitu menunggang jentera pengilang gred A, termasuk membawa kru yang pernah bersamanya sebelum ini dan mendapat bantuan mekanik Yamaha.

BACA >>> Walaupun ke Pasukan Satelit, Rossi Kekal Dapat Sokongan Teknikal Pasukan Pengilang

Ini ialah kali kelima Rossi bertukar pasukan sepanjang lebih 20 tahun bergelumang dalam kancah perlumbaan kelas atasan. Terbaharu, laman Facebook Petronas SRT menyiarkan rakaman ucapan selamat tahun baru daripada pelumba veteran itu.

Menariknya, Rossi dalam video pendek itu memakai sut Petronas yang juga merupakan penampilan pertama beliau dalam seragam pasukan satelit berkenaan.

Selamat tahun baru semua,, aku sangat seronok dapat join pasukan Petronas Sepang Racing untuk 2021. Aku dah tengok apa pasukan ni buat dua tahun lepas, so aku sangat teruja bak hang untuk tengok apa yang kami boleh buat sama-sama. Aku tak sabar nak tunggu untuk kerja dengan pasukan ni dan masuk trek."

Beberapa pemerhati meramalkan Petronas Yamaha SRT akan menjadi destinasi terakhir Rossi sebelum bersara, dan beliau mungkin bersama pasukan ini untuk satu atau dua musim.

Musim ini, Rossi akan berlumba bersaing protege beliau dalam kelas VR46, Franco Morbidelli yang juga Naib Juara MotoGP 2020. Musim 2021 juga bakal menyaksikan pelumba Itali itu buat kali pertama berentap dengan adiknya, Luca Marini yang direkrut naik ke kelas premier mewakili pasukan satelit Ducati, Avintia Racing.

BACA >>> Tip Rossi: Yamaha Jadi Juara Dunia Kalau Serius Tubuhkan Pasukan Penunggang Uji

Related

638
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Petronas Yamaha SRT, roda2, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my