YAMAHA Motor Vietnam rasmi memperkenalkan generasi baharu Exciter, dinamakan Yamaha Exciter 155 VVA (2021). Seperti dilihat, penampilan model massa itu sama dengan imej intip yang bocor sebelum ini.
Seiring slogan 'Ride to the Next Level', Exciter baharu ini dipasangkan trenkuass 155cc VVA yang menghasilkan kuasa 17.7hp dan tork maksimum 14.4Nm dengan kotak gear manual 6-kelajuan. Output tersebut 17 peratus lebjh tinggi berbanding Exciter 150.
Selain itu, teknologi lapisan karbon disematkan pada slider VVA seperti model superbike YZF-R1. Sistem suntikan bahan api didatangkan dengan 10 injektor, lebih banyak berbanding enjin 150cc. Sudut suntikan bahan api ditingkatkan kepada 18° bagi meningkatkan kecekapan pembakaran.
Exciter baharu ini juga didatangkan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) yang tiada pada pesaing. Sistem henti diserahkan kepada brek cakera dengan kaliper 2-piaton di depan dan brek cakera di belakang. Sayangnya model tersebut tidak didatangkan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS).
Menurut Yamaha Motor Vietnam, ketiadaan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) adalah untuk menawarkan pengalaman tunggangan sporty kepada pemilik. Hmmm...
GAYA R1
Yamaha Exciter 155 (2021) memiliki rekaan dan garisan badan seperti abang besar YZR-R1. Bahagian badan direka semula bagi meningkatkan aerodinamik dan bahagian tengah diubah sedikit ke depan bagi meningkatkan kestabilan. Berbanding model terdahulu, generasi baharu Exciter ini berubah dari segi trenkuasa, rekabentuk badan dan ciri.
Penampilan badan Exciter berubah kepada gaya sporty. Lampu siang (DRL) berbentuk X di depan memberikan aura garang dan bahagian belakang direka sepenuhnya menerusi struktur dua tingkat. Sistem ekzos juga lebih besar yang mana diposisikan lebih rendah agar asap tidak menerpa penunggang belakang.
Ciri lain ialah sistem kunci pintar dan slot pengecas USB. Saiz tangki minyak ditingkat kepada 5.4 liter, manakala saiz fork bertambah 10mm menjadi 100mm. Exciter 155 VVA (2021) akan berada di pasaran Vietnam bermula 6 Januari depan dalam tiga pilihan iaitu:
- Yamaha Exciter 155 VVA Standard - 47 juta dong (RM7,010)
- Yamaha Exciter 155 VVA High-eEnd - VND 50 juta (RM8,765)
- Yamaha Exciter 155 VVA GP - 50.5 juta dong (RM8,850)
BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Yamaha Y15ZR V3 Baharu dengan Enjin 155 VVA, Keyless!!!
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha Exciter 150 Gaya R1 dengan Swingarm Ducati 1199 Panigale
Leave a Reply