KERAJAAN menerusi Kementerian Kewangan Malaysia bersetuju melanjutkan tempoh pengecualian cukai sebanyak 100 peratus untuk semua model kenderaan pemasangan tempatan (CKD), dan 50 peratus untuk kenderaan import (CBU) selama enam bulan.
Lanjutan pengecualian cukai jualan itu berkuatkuasa mulai 1 Januari sehingga 30 Jun 2021. Pada masa sama, pengecualian cukai julan bagi kereta impoert terpakai CBU juga dilanjutkan.
Berita terbaharu itu diumumkan menerusi satu surat dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia kepada Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).
Ini bermakna harga kenderaan akan jadi terus murah dan kekal seperti mana yang diumumkan pengeluar kereta sebelum ini.
BACA >>> Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!
BACA >>> #ApaNakBuat: Sebelum Bergerak Memandu Jauh, Periksa Dulu 4 Benda Ini
Leave a Reply