• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!

Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!

December 29, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

11.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Vietnam bakal melancarkan model Exciter (2021) petang ini (29 Disember) pada jam 7 malam. Supermoped itu, yang dikenali sebagai Yamaha Y15ZR di Malaysia, dan sebelum rasmi dilancarkan sudah bocor imej muka depan model tersebut.

Menerusi foto acah pelancaran Yamaha Motor Vietnam menunjukkan imej muka depan Exciter menerusi siluet dan pencahayaan lampu. Sementara pada laman Facebook Yamaha Exciter memuatnaik imej muka depan yang dikatakan versi 2021. Selain itu kami turut menemui imej yang sama dengan watermark Hung Winner.

Yamaha Exciter (2021)_2
Yamaha Exciter (2021)_3
Yamaha Exciter (2021)_4

Lampu siang (DRL) berbentuk X itu mirip dengan imej acah dikeluarkan Yamaha Motor Vietnam, manakala lampu utama masih diletakkan di depan hendal. Ini kerana arah reflektor dari lampu LED mengarah ke bawah maka terlihat agak sepet dari kedudukan mendatar.

Di tengah lampu DRL X itu seakan membentuk ruangan ram udara seperti motor sport Yamaha R series khususnya M1 dan R1. Sementara posisi lampu signal berada pada sayap kanan dan kiri yang terpisah dari lampu utama dan DRL. Pertanyaannya benarkah gambar ini adalah Exciter 155 baharu yang kita tunggu sekian lama dan pernah dilihat diuji di Malaysia.

Spyshot Yamaha Y15ZR V3 (2021)
yamaha-y15zr-v3-spyshot-5
yamaha-y15zr-v3-spyshot-8

Dari segi bentuk lampu DRL boleh dikatakan sama dengan imej acah dikeluarkan Yamaha Motor Vietnam. Model yang diberi gelaran 'Little R1' di Vietnam ini dikatakan bakal menggunakan enjin VVA serta kuasa yang dihasilkan dianggarkan mencapai 17.9PS berbanding sebelumnya 15.3PS.

Moped tersebut juga akan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan. Sekiranya benar angka kuasa tersebut, ini bakal menjadikan Exciter (2021) atau Y15ZR model paling berkuasa dalam kelasnya. Dan...kita masih lagi menunggu kemunculan Modenas Ahmad di Malaysia!

BACA >>> #Spyshot: Lagi Imej Yamaha Y15ZR V3! Dikesan Diuji Bersama SYM VF3i
BACA >>> Benarkah Ini Yamaha Exciter Serba Baharu? Akan Dipasangkan Enjin VVA 155, Lebih Laju?

Related

11.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: king moped, roda2, Yamaha, Yamaha Exciter 155, Yamaha Vietnam, Yamaha Y15ZR

Comments

  1. Jan says

    December 29, 2020 at 4:05 PM

    Hype lagi ! bakal turun harga Y15 V2, maksudnya saya dah boleh beli LC135 😀

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev