• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki GSX-R1000R Legend Edition - Tribut Pelumba Legenda Suzuki GP, MotoGP

Suzuki GSX-R1000R Legend Edition - Tribut Pelumba Legenda Suzuki GP, MotoGP

December 28, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS merangkul gelaran juara dunia kali ketujuh  menerusi Joan Mir, dalam perlumbaan kelas premier MotoGP 2020, Suzuki memperkenalkan GSX-R1000R  Legend Edition sebagai tribut kepada pelumba legenda pasukan pengilang itu yang pernah menjadi juara dunia Grand Prix (GP) dan MotoGP.

Ada tujuh skema warna berbeza diperkenalkan, diilhamkan daripada seragam jentera setiap pelumba Suzuki MotoGP yang pernah menjadi juara mewakili pasukan tersebut.

Berikut senarai pelumba Suzuki yang pernah memenangi perlumbaan GP 500cc dan MotoGP:

  • Barry Sheene - 1976-1977
  • Marco Lucchinelli - 1981
  • Franco Ucini - 1982
  • Kevin Schwantz - 1993
  • Kenny Roberts Jr - 2000
  • Joan Mir - 2020

Selain seragam istimewa, GSX-R1000R Legend Edition turut didatangkan dengan unit ekzos Akrapovic dan kowl pelana dengan warna badan. Bagaimanapun, model edisi khas ini cuma dijual untuk pembeli Eropah.

BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!

BARRY SHEENE (1976) - Sheene memerlukan beberapa tahun sebelum menunjukkan skil. Pada 1976, beliau meraih lima kemenangan, dan posisi kedua, sekali gus muncul juara dunia GP.
BARRY SHEENE (1977) - Masih lagi menunggang Suzuki RG500, pelumba Britain itu muncul juara enam kali dan tempat kedua yang membolehkan beliau merangkul juara dunia dua tahun berturut-turut.
MARCO LUCCHINELLI (1981) - Dengan lima kali juara dan tempat kedua podium, Lucchinelli muncul juara dunia pada 1981, sekali gus melonjakkan kembali nama Suzuki selepas empat tahun.
FRANCO UNCINI (1982) - Pelumba Itali ini muncul juara dunia bersama pasukan Suzuki pada 1982 dan nama beliau disenaraikan dalam Hall of Fame FIM MotoGP 2016.
KEVIN SCHWANTZ (1993) - Antara pelumba paling ikonik dan disayangi dalam arena permotoran dunia, Schwantz menjadi juara dunia pada 1993 dengan membawa kembali Suzuki ke persada dunia selepas hampir sedekad tidak muncul juara dunia.
KENNY ROBERTS JR (2000) - Skil pelumba California ini digabungkan dengan jentera kompetitif yang membolehkan beliau membawa pulang beberapa kemenangan dan posisi terbaik, sekali gus menjadi juara dunia MotoGP.
JOAN MIR (2020) - Pelumba muda ini hanya perlu mencari fiil tepat dengan GSX-RR. Gabungan gaya tunggangan bersih dan agresif, Mir muncul juara dunia MotoGP 2020.

BACA >>> Barisan Pelumba MotoGP 2021: Siapa Kekal, Siapa Kena Pindah?
BACA >>> Gagalkan Hasrat Rossi Raih Podium ke-200, Mir Minta Maaf

Related

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MotoGP, roda2, superbike, Suzuki, Suzuki GSX-R1000R, Suzuki GSX-R1000R Legend Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev