• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Safety360 Siri Ke-2: Inilah Sebab Kenapa Proton Persona 2016 Ringan & Kuat

Video Safety360 Siri Ke-2: Inilah Sebab Kenapa Proton Persona 2016 Ringan & Kuat

August 22, 2016 By Abang GYL 2 Comments

612
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Keselamatan Proton Persona 2016ESOK adalah hari pelancaran Proton Persona 2016. Sementara menunggu detik pelancaran, Proton menerusi laman facebook menyiarkan video keselamatan Proton Persona 2016 siri ke-2.

Menerusi video berdurasi 2 minit 8 saat itu, ia memaparkan ciri keselamatan yang ada pada Proton Persona 2016. Ia juga menunjukkan proses pembikinan Keluli Tempa Panas (HPF) yang turut dipasangkan pada Proton Persona 2016.

Selain ringan, HPF ini juga mampu menghasilkan kenderaan yang lebih kuat selain menunjukkan demostrasi kekuatan HPF.

Ciri keselamatan Proton Persona 2016 turut terbukti apabila ia menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP.

Sedia maklum, Proton Persona 2016 menampilkan tiga varian berbeza iaitu Standard, Executive dan Premium. Tempahan juga sudah dibuka ia dijual serendah RM47,000 hingga RM61,000.

Proton Persona 2016_Safety_Pandulajudotcomdotmy-001ENJIN 1.6L

Proton Persona 2016 dibangun berdasarkan platform Iriz. Dalam erti lain, Proton Persona 2016 adalah Iriz versi sedan. Ia dipadankan dengan enjin VVT 1.6L, iaitu enjin sama digunakan pada Iriz.

Begitu juga dengan kualiti dan persembahan Persona 2016 nyata diperkemaskan menerusi ilusi dua warna (hitam-kelabu) yang menyerlahkan fiil luas dalam kabin.

Apa yang mengagumkan kami adalah tahap kesenyapan dalam kabin atau NVH meningkat pada paras terbaik, menyamai standard sedan segmen-B berstatus global lain.

Mungkin inilah yang diuar-uarkan Proton mengenai 3-poin mounting yang disendat dalam tubuh Persona 2016. Sedan ini sudah senyap dan kami harus mengakuinya.

BACA>>> Proton Persona 2016: 8 Fakta Asas Yang Perlu Anda Tahu

Proton Persona 2016 Ciri-ciri_Pandulajudotcomdotmy (6)
Proton Persona 2016

WARNA BAHARU

Selain warna hitam, perak, merah dan putih, Proton Persona 2016 turut memperkenalkan warna baharu iaitu Camelian Brown (coklat).

Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan di bilik pameran Proton terdekat. Ingat, dapatkan pakej servis percuma selama tiga tahun bagi anda yang membuat tempahan sebelum 30 September 2016.

VIDEO SAFETY360 PROTON PERSONA 2016

Related

612
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Keselamatan Proton Persona 2016, Proton, Proton Persona 2016, Safety360 Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev