• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Xpeng G3 - Kereta Elektrik Cantik dari China yang Sudah Masuk Pasaran Norway

Xpeng G3 - Kereta Elektrik Cantik dari China yang Sudah Masuk Pasaran Norway

December 22, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

720
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR automotif dari China semakin gah meneroka pasaran luar. Malah kehadiran jenama dari Negara Tembok Besar itu sudah pun dirasai di rantau Asean dan Timur Tengah.

Kebelakangan ini, pengeluar China seakan agresif untuk cuba menembusi Eropah sebagai pasaran automotif paling kompetitif yang sarat dengan teknologi canggih dan hak kepenggunaan tinggi. Jadi, sesebuah produk itu perlu jadi cukup luar biasa.

Dasar automotif China yang mula mengutamakan kenderaan elektrifikasi banyak membantu usaha itu kerana Eropah juga sedang memiliki misi sama.

Norway adalah antara negara pro kenderaan elektrik yang mensasarkan 100 peratus jualan kenderaan baharu menggunakan trenkuasa sifar emisi menjelang 2025.

Inilah sebab pengeluar kereta elektrik dari Guangzhou,  Xpeng berminat meluaskan operasi jualan ke Norway dan sudah pun memulakan penghantaran kepada pelanggan negara Skandinavia itu.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik pintar, Xpeng G3 dihantar kepada pemilik baharu di 28 bandar Norway. Dari segi rekabentuk, model ini memang nampak ada kelas tersendiri dengan cita rasa antarabangsa.

Xpeng sedang aktif meneroka peluang di pasaran EV lain yang matang dan mempunyai polisi sokongan Kerajaan, infrastruktur termaju dan kesedaran EV tinggi. Pengeluar itu turut merancang melancarkan model pengeluaran kedua, iaitu sedan sport elektrik P7 di Eropah dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Berikut ciri Xpeng G3:

  • Jarak pemanduan hingga 520km (NEDC) dan 451km (WLTP).
  • Kapasiti bateri 66kWh, kuasa maksimum 145kW (194hp) dan tork 300Nm.
  • Pecutan 0-100kmj dalam masa 8.6 saat.
  • Tempoh pengecasan arus terus (DC) (30% to 80%) ≥ 43 minit. AC (0% to 100%) ≥ 11.2 jam.
  • Penggunaan kuasa 15kWh/100km.
  • Dilengkapi sistem bantuan pemanduan XPILOT 2.5.
  • Fungsi parkir automatik yang mampu membezakan ruang kosong sisi  (parallel) dan menegak (vertical) serta ruang parkir bertanda atau sebaliknya.
  • Bahasa antaramuka Inggeris dengan teknologi bantuan suara AI Hi Xpeng, navigasi pintar dan kawalan aplikasi jauh (remote APP control).
  • Perisian untuk XPILOT dan sistem operasi Xmart OS dibangunkan sepenuhnya bahagian penyelidikan dan pembangunan Xpeng.

Berikut maklumat tentang Xpeng:

  • Ditubuhkan pada 2015.
  • Selain ibu pejabat di Guangzhou, turut mempunyai pejabat di Beijing, Shanghai, Lembah Silikon dan San Diego.
  • Kilang pengeluaran di Zhaoqing dan Zhengzhou.
  • Model pengeluaran pertama dilancarkan pada Disember 2018.
  • Penyerahan kepada pelanggan hingga November 2020 sudah mencecah 21,341 unit dengan peningkatan 87 peratus tahun ke tahun.

Mengenai harga, Xpeng G3 ditawarkan pada harga 358,000 NKr (RM166,560) dan memang cukup berpatutan untuk sebuah model EV.

BACA >>> Lynk & Co Zero Concept - EV Gergasi Canggih yang Mampu Dipandu Sejauh 700km!
BACA >>> Skuter Elektrik EeVe Atreo, Ahava Lancar di India

Xpeng G3.01
Xpeng G3.02
Xpeng G3.03
Xpeng G3.04
Xpeng G3.05
Xpeng G3.06
Xpeng G3.07
Xpeng G3.08
Xpeng G3.09
Xpeng G3.10
Xpeng G3.11
Xpeng G3.12
Xpeng G3.13
Xpeng G3.14
Xpeng G3.15

Related

720
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Norway, Xpeng, Xpeng G3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev