BERITA semalam kami mendedahkan Modenas tidak akan membawa masuk Kawasaki Ninja ZX-25R ke Malaysia. Pada masa sama ramai pula netizen bertanyakan apa sudah jadi supermoped Modenas yang lama menyepi?
Kisah kapcai 150cc hangat diperkatakan sepanjang 2015 hingga 2016. Ia impian yang optimis kerana sebelum itu terpaksa bergantung sepenuhnya pada rakan teknikal Kawasaki. Sepanjang fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D), banyak wang sudah dilaburkan dengan menghantar pasukan jurutera ke Austria untuk membangunkan enjin.
Jika Modenas bertindak pantas, mereka pasti menjadi pengeluar pertama yang memperkenalkan kapcai 150cc. Sayangnya peluang keemasan itu diserahkan kepada model-model Jepun hingga kini masing-masing sudah pun memasuki produk versi kedua atau generasi baharu. Sebaliknya kelibat produk Modenas pula tidak muncul.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata, projek supermoped masih lagi berjalan dan tidak terkubur, cuma pengeluar nasional itu sedang melakukan penambahbaikan dan merekabentuk semula model berkenaan supaya sesuai dengan trend semasa.
Roslan berkata;
Untuk model itu muncul tahun depan adalah mustahil kerana kami perlu merekabentuk semula badan dan memperkenalkan ciri terkini yang sesuai dengan peredaran masa."
Mungkin ada bertanya, kenapa Modenas perlu mengambil masa cukup lama untuk melancarkan model berkenaan? Berdasarkan maklumat diterima, Modenas sebenarnya sedang membangunkan semula trenkuasa supermoped tersebut.
Soalannya, kenapa perlu dibangunkan semula? Bukankah jutaan ringgit sudah dilaburkan untuk R&D model berkenaan di Austria?
Jangkaan kami, mungkinkah enjin lama dulu versi karburetor yang agak ketinggalan berbanding model pesaing sedia ada dengan teknologi suntikan bahan api (FI)?
Ingat, sekitar 2010 dulu, Modenas pernah menjemput rakan media menguji tiga enjin prototaip yang dipasang pada go-kart. Seingat kami, ketiga-tiga enjin itu bersesaran 150cc dan salah satu enjin memang cukup pantas dan responsif.
Ada kemungkinan pembangunan semula enjin supermoped 150cc itu kerana gagal mematuhi regulasi Euro5 disebabkan enjin karburator yang digunakan, sekali gus melambatkan proses pengenalan.
Kesimpulannya, memang lama lagilah kita hendak tengok supermoped 150cc berjenama Modenas. Mungkin dalam 2-3 tahun akan datang jika ia jadi kenyataan.
BACA >>> #SembangDeras: Super Kapcai Modenas Kembali!
BACA >>> Pekerja Otai Kongsi Pengalaman Manis Sepanjang 25 Tahun Bersama Modenas
BACA >>> 5 Kapcai Empat Lejang dengan Enjin Paling Berkuasa di Malaysia
Mas says
Nanti tak lepas regulation pulak sebab kena guna hybrid atau org lain dah mula jual motor letrik...adoiii
Alson P says
Jangan terkubur begitu saja... Bangunkan juga kapcai 200cc Dan 250cc satu silinder... Tahun 2022 boleh lancar serentak...
lol says
regulasi? bukankah malaysia guna euro 3B sejak tahun 2007?
ke saya yang ketinggalan.?
negara maju memang dah euro 5 dah
malaysia masih guna euro 3 sebab semua moto sym masih lagi euro 3 dan semua kapchai modenas masih euro 3