• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sumber: Modenas Takkan Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R?

Sumber: Modenas Takkan Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R?

December 22, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KISAH tiga serangkai Modenas-Kawasaki Motors Malaysia (KMM)-Kawasaki Heavy Indusries (KHI) masih belum ada titik noktah. Perjanjian ketiga-tiga pihak itu hanya terungkai apabila KHI menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Modenas seperti mana Geely dan Proton.

Dari situ kita akan mengetahui perincian MoU yang dicapai kedua-dua pihak. Buat masa ini, Modenas dan KMM hanya berurusan secara sehala dengan KHI.

Maknanya, Modenas tidak tahu menahu tentang status KMM, dan begitu juga sebaliknya. Ini kerana segala keputusan berada di tangan pihak KHI.

Pandemik Covid-19 banyak memberikan kesan terhadap rundingan yang sudah dimulakan sebelum ini. Modenas sendiri pernah memaklumkan bakal mengeluarkan produk pemasangan tempatan (CKD) untuk model Kawasaki bawah 700cc yang akan dimulakan dengan Ninja 250 ABS berlabelkan Modenas.

Tidak kurang ramai juga peminat Malaysia yang menantikan kehadiran sportbike 4-silinder 250cc, Kawasaki Ninja ZX-25R. Ini kerana negara jiran sudah sedia menerima produk tersebut seperti Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand. Soalannya, siapakah yang bakal membawa masuk model itu?  Modenas atau KMM?

Ninja ZX-25R berada dalam segmen 250cc, tetapi dikategorikan sebagai model prestasi dan juga berharga mahal. Jadi sumber diterima kami mendakwa Modenas tidak akan memperkenalkan sportbike tersebut walaupun berada dalam segmen bawah 700cc.

KONTRAK KMM BERAKHIR TAHUN DEPAN

Kami juga difahamkan juga KMM masih lagi pengedar rasmi Kawasaki, tetapi kontrak dengan KHI akan tamat penghujung 2021. Mengambil kira maklumat itu, KMM sebenarnya masih berpeluang membawa masuk Ninja ZX-25R tahun depan.

Ya, kebarangkalian itu boleh saja berlaku jika mengambil kira rekod positif KMM sebelum ini yang sentiasa menawarkan produk baharu lebih awal ke pasaran tempatan. Ini termasuk jangkaan Modenas memperkenalkan model CKD Kawasaki, manakala KMM kekal sebagai pengedar model import (CBU) bersesaran besar.

Mungkin juga KMM diam sekejap memperkenalkan sebarang produk baharu bagi menunggu keputusan akhir KHI selepas Kawasaki Motor Corporation membeli saham majoriti Modenas. Adakah KMM bakal membawa masuk Ninja ZX-25R  dengan kontrak cuma berbaki hujung tahun depan?

Menurut sumber kami itu juga, apa saja boleh berlaku selagi tiada pengumuman MoU rasmi daripada KHI. Menariknya, KMM juga bakal mengembalikan  semula jenama Suzuki di Malaysia walaupun masih tiada sebarang pelancaran rasmi selain foto acah yang disiarkan dalam Facebook Suzuki Malaysia.

Terbaharu, kami baru saja terima kalendar 2021 Suzuki  daripada pengurusan KMM. Soalannya, mana motornya?

BACA >>> Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Beri Bayangan Suzuki Akan Muncul Semula
BACA >>> 25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?
BACA >>> Interviu: Kenapa Projek Kawasaki ZX-25R Dibangunkan Semula?
BACA >>> CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kawasaki Motors Corporation Japan, Kawasaki Motors Malaysia (KMM), Kawasaki ZX-25R, Modenas, Modenas Kawasaki, sportbike 250cc, Sportbike 4-Silinder, Suzuki Assemblers Malaysia (SAM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev