• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Kicks (2021) Masuk AS dengan Enjin NA, Bukan e-Power Seperti Thai, Indonesia

Nissan Kicks (2021) Masuk AS dengan Enjin NA, Bukan e-Power Seperti Thai, Indonesia

December 21, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN mempunyai teknologi canggih dalam dunia elektrifikasi yang boleh dibahagi kepada tiga. Pertama, elektrik 100 peratus seperti LEAF. Kedua, hibrid sederhana pada Serena Hybrid dan ketiga, penjana jarak (range extender) yang ada pada Kicks e-Power.

Menarik tentang e-Power ialah enjin 1.2L HR12DE hanya digunakan sebagai penjana bagi membekalkan tenaga elektrik kepada kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut.

Roda digerakkan motor yang dijana kuasa elektrik. Menariknya, teknologi tersebut bukan jauh dari kita kerana Kicks e-Power sudah pun dilancarkan di Thailand dan Indonesia.

Nampaknya Nissan mempunyai pelbagai rancangan dengan Kicks. Di India, SUV kompak itu ditawarkan dengan enjin 1.3L Turbo HR13DDT yang turut digunakan Mercedes-Benz A200. Platform digunakan juga berbeza, Kicks pasaran India berkongsi platform dengan Dacia Duster, manakala Kicks pasaran Thailand, Indonesia dan Jepun menggunakan platform V Nissan.

NISSAN KICKS AS TIADA E-POWER

Apa lagi perkara menarik tentang Kicks? Nissan baru saja memperkenalkan model 2021 di Amerika Syarikat (AS) tanpa nadi e-Power atau turbo ditawarkan setakat ini. Ini model lanjutan yang diperkenalkan pada 2017. Kicks (2021) pasaran AS ini dijana enjin aspirasi normal (NA) 1.6L berkuasa 122hp @ 6,300rpm dan tork 155Nm @ 4,000rpm serta  dipadankan transmisi CVT Xtronic untuk menggerakkan roda depan.

Bahagian depan Kicks (2021) menerima beberapa perubahan seperti gril Double V-motion, bampar, rim baharu, dan teknologi LED penuh pada lampu utama, kabus dan belakang.

Bahagian dalaman pula dihidangkan unit infotainment skrin sentuh 8 inci, slot USB Type-C, kerusi kulit baharu dan konsol tengah dengan perehat tangan. Fungsi konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto juga ditawarkan sebagai ciri standard.

Kicks (2021) pasaran AS ini ditawarkan dalam tiga varian, iaitu S, Kicks SV dan Kicks SR. Dua varian teratas menggunakan brek cakera belakang baharu berbanding jenis dram pada varian S. Turut dilengkapi pada dua varian teratas ialah Kawalan Jelajah Pintar (ACC), Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan fungsi pegun automatik (auto hold) untuk mengelak kereta terundur ke belakang di permukaan jalan bercerun.

Semua varian Kicks (2021) dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan seperti Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Bantuan Mula Daki (HSA). Menariknya, ada 1o beg udara disediakan SUV kompak ini.

Juga dilengkapi sistem bantuan pemandu Nissan Safety Shield 360 yang terdiri daripada Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Amaran Tukar Lorong (LDW), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Bantuan Lampu Suluh Tinggi (AHB) dan Brek Belakang Automatik (ARB).

Bagaimanakah pula pasaran tempatan? Jika dibawa masuk, seperti biasa perlu bersaing dengan Proton X50 dan model seangkatan. Setakat ini, teknologi e-Power dilihat menawarkan kelainan dan keistimewaan pisitif dalam persaingan segmen SUV yang serba kompetitif.

BACA >>> Perbandingan: Nissan Almera Turbo (2020) vs Almera Lama
BACA >>> Nissan Note (2021) Serba Baharu Lancar di Jepun, Kini Enjin Hibrid, Harga Mula RM79k

2021 Nissan Kicks-2
2021 Nissan Kicks-4
2021 Nissan Kicks-6
2021 Nissan Kicks-7
2021 Nissan Kicks-9
2021 Nissan Kicks-13
2021 Nissan Kicks-19
2021 Nissan Kicks-20
2021 Nissan Kicks-21
2021 Nissan Kicks-24
2021 Nissan Kicks-27

Related

61
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan, Nissan Kicks, Nissan Kicks 2021, Nissan USA, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev