• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Dedah Imej Paten GSX S250 2-Silinder dengan Fork USD, Dwi Ekzos

Suzuki Dedah Imej Paten GSX S250 2-Silinder dengan Fork USD, Dwi Ekzos

December 14, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

529
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU imej paten model baharu Suzuki bocor, dipercayai model naked bike GSX-S250 dengan konfigurasi enjin dwi-silinder Twin Parallel.

Menurut laman automotif Jepun, Kojintekibikematome, antara perubahan dikesan ialah perincian ekzos yang mirip model Gixxer India. Jika dilihat lebih dekat, terutama bahagian kotak engkol enjin dan dua leher ekzos, jenis sportbike didedahkan imej bocor tersebut mungkin GW250 atau Inazuma.

Adakah itu Inazuma versi dipertingkat (facelift)? Mungkin bukan kerana bahagian subfrem, peg kaki dan rim mirip seperti GSX-S250 di bawah ini, yang bakal dipasarkan di China sebagai HJ300.

Ya, inilah model dwi-silinder 250cc GSX-250R. Perhatikan rekabentuk rim yang sama. Lebih menarik, suspensi depan menggunakan fork terbalik (USD). Malah, lampu depan juga tidak menggunakan rekaan lampu Inazuma selain mengetengahkan rekabentuk jentera streetfighter.

Menurut Kojintekibikematome lagi, bahagian lampu depan mirip Suzuki Bandit 150, manakala perubahan signifikan ialah silenser ekzos jenis barel ganda seperti Gixxer 250 versi India. Buat masa ini belum diketahui nama rasmi motosikal tersebut.

Kemungkinan model imej paten itu akan dijadikan model pelbagai segmen seperti GSX-250R, Suzuki V-Strom 250 dan Inazuma yang masih dalam segmen naked bike. Adakah nama model itu kelak Suzuki GSX-S250 atau GSX-250S?

BACA>>>Suzuki Malaysia Bakal Lancar Model GSX-R Misteri?
BACA>>>#RetroAuto: Wira Perkasa Suzuki GSX-R400 dengan Perisai Menentang Kejahatan

Related

529
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Imej Paten, Kojintekibikematome, naked bike, paten, roda2, sportbike, Suzuki GSX250

Comments

  1. Jan says

    December 15, 2020 at 11:18 AM

    Rasanya inazuma facelift je ni. Inazuma x laku sbb enjin lemau.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my