• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi eK X, eK Wagon Menang Model Kei-Car Terbaik Jepun 2020!

Mitsubishi eK X, eK Wagon Menang Model Kei-Car Terbaik Jepun 2020!

December 15, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN kereta mini (keicar) di Jepun sangat kompetitif dengan pelbagai model ditawarkan di pasaran. Malah, pengeluar di sana juga saling berkongsi platform dan melakukan penjenamaan semula sesama sendiri untuk menghasilkan sesebuah produk.

Malaysia pernah dilanda demam keicar menerusi kehadiran model seperti Perodua Kancil 660cc yang dihangatkan dengan trend modifikasi kepada Daihatsu Mira. Begitu juga model Viva dengan Daihatsu Avy.

Mitsubishi eK X
Mitsubishi eK Wagon

Apabila sesebuah keicar mendapat pengiktirafan industri, model itu pasti hebat. Mitsubishi baru-baru ini menghebahkan kemenangan dua model keicar jenama itu, eK X (disebut eK cross) dan eK Wagon dalam kategori Keicar Terbaik Tahunan dalam anugerah Kereta Terbaik Jepun (JCOTY) 2020-2021.

eK X Space dan eK space diiktiraf berdasarkan beberapa kriteria seperti kestabilan tinggi, mudah dipandu dan memiliki ciri praktikaliti sebagai wagon tinggi.

BACA >>> Honda Jepun Perkenal N-ONE RS 660cc Turbo dengan Pilihan Manual 6-Kelajuan, CVT

Papan pemuka eK X
Papan pemuka eK Wagon

Kualiti bahagian dalaman dan keselesaan kerusi turut dinilai, manakala sistem bantuan pemanduan MI-Pilot dengan prestasi sama seperti model lebih premium juga mendapat penilaian baik daripada panel juri.

Menariknya, eK X dan eK Wagon tahun lalu pernah memenangi kategori Mobiliti Kecil dalam JCOTY. Ini tahun kedua berturut-turut model siri eK memenangi anugerah dalam kategori kenderaan kecil. Lebih manis, kemenangan pada 2019 itu kali pertama dicapai Mitsubishi.

Mitsubishi eK Space menawarkan fungsi pintu gelungsur automatik.

Selain rekabentuk menarik, eK Space juga praktikal dengan pintu gelungsur bebas tangan automatik yang boleh buka-tutup menggunakan gerakan kaki. Keicar Mitsubishi ini sebenarnya sudah lama di pasaran dan bakal memasuki ulang tahun ke-20 sejak generasi pertama dilancarkan pada 2001.

Siri eK mendapat sambutan baik dengan jualan setakat November 2020 sudah lebih 1.1 juta unit. Seperkara menarik lain, kembar model itu, Nissan Roox dan Dayz turut memenangi anugerah sama.

Berikut kronologi JCOTY 2020-2021:

  • JCOTY ke-41 diberikan kepada model yang dilancarkan di pasaran Jepun bermula 1 November 2019 hingga 31 Oktober 2020.
  • Sepanjang 2020, ada 10 model terbaik dipilih pada 4 November lalu.
  • Selepas memandu uji 10 kereta terbaik pada 25 November, panel JCOTY membuat undian untuk setiap anugerah.
  • Keputusan diumumkan pada 7 Disember lalu.

BACA >>> Mitsubishi Siar Foto Acah Outlander Serba Baharu, SUV Penting untuk Saingan Global

Mitsubishi eK X
mitsubishi-ek-x-2020-1
mitsubishi-ek-x-2020-2
mitsubishi-ek-x-2020-3
mitsubishi-ek-x-2020-4
mitsubishi-ek-x-2020-5
mitsubishi-ek-x-2020-6
Mitsubishi eK Wagon
mitsubishi-ek-wagon-2020-1
mitsubishi-ek-wagon-2020-2
mitsubishi-ek-wagon-2020-3
mitsubishi-ek-wagon-2020-4
mitsubishi-ek-wagon-2020-5
Mitsubishi eK Space
mitsubishi-ek-space-2020-1
mitsubishi-ek-space-2020-2
mitsubishi-ek-space-2020-3
mitsubishi-ek-space-2020-4
mitsubishi-ek-space-2020-5
mitsubishi-ek-space-2020-6
mitsubishi-ek-space-2020-7
mitsubishi-ek-x-space-2020-1
Nissan Roox dan Dayz
Nissan Roox named ‘Kei Car of the Year’ in Japan
Nissan Roox named ‘Kei Car of the Year’ in Japan 01
Nissan Roox named ‘Kei Car of the Year’ in Japan 02

 

Related

245
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Car of the Year (COTY) Japan 2020-2021, Keicar, Keicar of the Year, Mitsubishi, Mitsubishi eK Space, Mitsubishi eK Wagon, Mitsubishi eK X, Nissan, Nissan Roox, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev