• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kapcai Bajet Aveta Ranger 110 (2020) Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM3.5k Sahaja

Kapcai Bajet Aveta Ranger 110 (2020) Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM3.5k Sahaja

December 11, 2020 By Aryon Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AVETA Global Marketing Sdn Bhd (Aveta) hari ini melancarkan model kapcai terbaharu, Aveta Ranger 110 yang juga model ketiga dikeluarkan pengeluar tempatan itu.

Dijual pada harga atas jalan, RM3,546.10 termasuk insurans, Ranger 110 kini boleh dibeli di 70 wakil jualan Aveta seluruh negara. Sama seperti dua model terdahulu, DY90 dan RX110, kapcai bajet ini dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang pemasangan di Setia Alam.

BACA >>> Motosikal Buatan Malaysia di Pasaran! Aveta Lancar DY90, RX110 Serendah RM2.8k

Aveta Ranger 110 dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc penyejukan udara berkuasa 7.8hp @ 7,500rpm dan tork 9Nm @ 5,500rpm dengan klac automatik rotari 4-kelajuan. Kapasiti tangki minyak mampu mengisi 3.5 liter petrol.

BACA >>> Jualan Motosikal Jepun Merosot, Kapcai 50cc Dijangka Pupus

Model ini menggunakan sistem penghidup elektrik dengan sistem pencucuh CDI dan penendang kaki (kick-starter). Tayar depan bersaiz 2.25-17, dan belakang 2.50-17 yang masing-masing menggunakan sistem brek dram.

Selain Ranger 110, Aveta Global Marketing kini sedang menguji beberapa model baharu lain yang dijangka diperkenalkan tahun depan. Buat masa ini masih belum dapat dipastikan jenis model yang akan diperkenalkan kerana masih di peringkat akhir pengkelasan.

BACA >>> Menteri: Hadkan Laju Kapcai 70kmj Susah Nak Buat, Lorong Khas Motor Perlu Kos Besar

aveta-ranger-110-9
aveta-ranger-110-1
aveta-ranger-110-2
aveta-ranger-110-3
aveta-ranger-110-4
aveta-ranger-110-5
aveta-ranger-110-6
aveta-ranger-110-7
aveta-ranger-110-8
aveta-ranger-110-10
aveta-ranger-110-11
aveta-ranger-110-12
aveta-ranger-110-13

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aveta Global Marketing Sdn Bhd, Aveta Ranger 110 (2020), Kapcai, kapcai bajet, Moped, roda2, underbone

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev