• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Siar Foto Acah Outlander Serba Baharu, SUV Penting untuk Saingan Global

Mitsubishi Siar Foto Acah Outlander Serba Baharu, SUV Penting untuk Saingan Global

December 11, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

262
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FALSAFAH rekabentuk Mitsubishi menerusi gaya Dynamic Shield tampil agresif melalui pelbagai model terbaru. Mitsubishi sebelum ini membawa gaya timeless atau disebut pepatah Melayu sebagai 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan'.

Antara contoh rekabentuk timeless Mitsubishi dapat dilihat pada Mirage, ASX dan Outlander yang berbeza daripada model pesaing seperti Nissan, Honda, Toyota, Hyundai dan Kia.

Gaya Dynamic Shield nyata mengubah pandangan umum terhadap Mitsubishi seperti apa diketengahkan Xpander dan Triton baharu. Terdahulu, Mitsubishi sudah mengemas kini beberapa model terdahulu seperti Mirage dan ASX dengan identiti agresif tersebut.

Apakah model seterusnya?

Itulah Outlander, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam segmen paling popular masa kini. Walaupun sudah lama tidak menawarkan sedan setara Honda Civic atau Toyota Corolla, tetapi Mitsubishi sudah menggantikan model dalam segmen itu dengan Outlander sebagai SUV Segmen-C.

Buktinya, Mitsubishi baru saja berkongsi foto acah Outlander generasi baharu dan dijadualkan dilancarkan di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Puerto Rico pada Februari 2021 sebelum menyusul ke pasaran antarabangsa lain.

Outlander baharu dibangunkan berasaskan istilah I-Fu-Do-Do, bermaksud tulen dan hebat atau agung. Bahagian depan Outlander membawakan imej generasi baharu Dynamic Shield dan arah rekabentuk model masa depan Mitsubishi.

Ada mendakwa model konsep Engelberg Tourer sebagai bayangan kepada Outlander baharu. Jika benar, itu bermakna Mitsubishi bakal kembali kepada faktor yang menyerlahkan jenama itu suatu masa lalu. Pengguna dewasa masa kini sebenarnya dibesarkan pada era Lancer yang gah dalam perlumbaan rali dan kelasakan Pajero. Rakyat tempatan pula disajikan dengan Perdana (Galant) yang elegan dan duo sporty Satria (Mirage) dan Putra (Mirage Asti).

Nantikan pengenalan Outlander baharu dan saksikan bagaimana rekabentuk masa depan Mitsubishi. Model ini juga penting dalam menyaingi SUV global popular lain seperti Toyota RAV-4, Honda CR-V dan Nissan X-Trail.

BACA >>>  Mitsubishi Eclipse Cross Facelift (2021) Diperkenal dengan Gaya Lebih Ekspresif
BACA >>> Mitsubishi Malaysia Umum Harga Baharu Outlander, ASX! Murah Hingga RM7k!

Mitsubishi Engelberg Tourer
Mitsubishi Engelberg Tourer.04
Mitsubishi Engelberg Tourer.05
Mitsubishi Engelberg Tourer.01
Mitsubishi Engelberg Tourer.02
Mitsubishi Engelberg Tourer.03
Mitsubishi Engelberg Tourer.06
Mitsubishi Engelberg Tourer.07
Mitsubishi Engelberg Tourer.08
Mitsubishi Engelberg Tourer.09
Mitsubishi Engelberg Tourer.10

Related

262
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Dynamic Shield, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi Engelberg Tourer, Mitsubishi Motors Corporation (MMC), Mitsubishi Outlander, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev