YAMAHA Thailand melancarkan MT-03 (2021) edisi khas dalam jumlah terhad sebanyak 200 unit sahaja pada harga 158,524 baht (RM21,400).
Seperti MT-03 (2020) edisi Eropah dengan rekabentuk mirip MT-25, model MT-03 ini ditawarkan dalam warna spesial, Gray & White, Ice Flou Red, Icon Blue Blue dan Midnight Black.
Model naked bike ini dilengkapkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan mengekalkan trenkuasa 321cc, sekali gus melengkapkan barisan famili siri MT sedia ada, terdiri daripada MT-125, MT-15, MT-03, MT-09 dan MT-10.
MT-03 dijana enjin daripada model R3 yang lebih berkuasa, 4-lejang 4-injap 321cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 42hp @ 10,750rpm dan tork 29.6Nm @ 9,000Nm (MT-25: kuasa 35.5hp @ 12,000rpm, tork 23.6Nm @ 10,000rpm), manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
MT-03 memiliki diameter silinder lebih besar daripada MT-25, tetapi saiz lejang sama, manakala nisbah mampatan 11.2:1. Saiz tayar depan 110/70-17, dan tayar belakang 140/70-17 yang kedua-duanya jenis tiubles.
Ciri lain MT-03 ialah dwi-lampu LED tipis seperti mata yang diposisikan atas lampu utama di tengah panel kepala. Sosok badan direka maskular yang memberikan profil maskulin dan agresif.
Berat jentera ini ialah 168kg, manakala tinggi pelana 780mm dengan lampu belakang LED baharu mirip R3. Kluster instrumen juga direka baharu. Kapasiti tangki mampu mengisi 14 liter petrol. Kapasiti minyak enjin 2.4 liter, menggantikan 1.8 liter pada model lama. Purata penjimatan bahan api ialah 26.2km per liter.
BACA >>> Yamaha MT-15 Sudah Ada di Kedai, Harga (Cadangan) RM11,988!
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha MT-25 daripada Standard ke Retro Moden
Leave a Reply