• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Foto Spy Shot Tersebar, Honda Civic Hatchback 2017 Versi Massa Kini di Amerika

Foto Spy Shot Tersebar, Honda Civic Hatchback 2017 Versi Massa Kini di Amerika

August 17, 2016 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

pandulaju-dot-com-dot-my
SEBENARNYA bukan peminat automotif Malaysia saja yang ternanti-nanti kemunculan Honda Civic hatchback 2017 sejak model itu melakukan debut ASEAN di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2016 baru-baru ini. Di Amerika Syarikat (AS) juga tidak kurang sensasinya kerana model itu baru saja disahkan akan dijual di pasaran negara Uncle Sam itu.

BACA >>> #GIIAS2016: Prototaip Honda Civic Hatchback Tunjuk Muka Di Indonesia

Terdahulu, beberapa gambar spy shot Honda Civic hatchback 2017 sudah berlegar-legar di kalangan netizen AS, sekali gus menguatkan dakwaan mengenai kemunculan model itu di pasaran massa. Berdasarkan foto tersebar, rekabentuk Honda Civic hatchback 2017 versi massa tidak banyak berbeza berbanding model konsep, tetapi penampilan jentera berkenaan tampak dilembutkan.

Bahagian depan nyata berbeza berbanding model sedan, manakala ciri paling menarik sudah tentu praktikaliti 5-pintu yang ditawarkan. Kehadiran Honda Civic hatchback 2017 itu akan menyertai barisan Civic sedia ada menerusi empat varian, iaitu LX, Sport, EX dan EX-L.

VERSI SPORT LEBIH BERKUASA

Semua varian dijana enjin 1.5L turbo 4-silinder dengan transmisi manual 6-kelajuan kecuali model EX-L. Ini bermakna semua varian Honda Civic hatchback 2017 berkuasa 174hp, kecuali model Sport yang mendapat lebihan suntikan kuasa hingga 180hp, manakala henjutan tork pula pada 220Nm, juga untuk semua model.

Honda Civic hatchback Sport juga diberikan penampilan lebih agresif seperti lampu depan LED, rim, spoiler dan ekzos di tengah. Namun, keterujaan tidak terhenti setakat itu saja, peminat AS ketika ini sudah mula berspekulasi tentang kemunculan Honda Civic versi Type-R pula yang pastinya lebih superior dan mengancam.

BACA >>> 10 Gambar Honda Civic Baharu Ini Mampu Buat Anda Terliur!!!

GALERI

2017-civic-hatchback-1
2017-civic-hatchback-2
2017-civic-hatchback-3
2017-civic-hatchback-4
2017-civic-hatchback-5
2017-civic-hatchback-6

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Civic Hatchback, Honda Civic Hatchback 2017, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev