• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Saya Hilang di Parkir Berbayar, Bolehkah Minta Ganti Rugi daripada Pengurusan?

Kereta Saya Hilang di Parkir Berbayar, Bolehkah Minta Ganti Rugi daripada Pengurusan?

December 9, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

24.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA kereta diparkir di kawasan awam, hotel atau mana-mana lokasi berbayar, kita sedia maklum yang pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kes kecurian kenderaan atau barangan peribadi.

Kebiasaannya, pihak pengurusan akan meletakkan notis pemberitahuan atau papan tanda yang menyatakan keselamatan kereta adalah tanggungjawab kita sebagai pemilik kenderaan.

Soalannya, kenapa kita memilih untuk meletakkan kenderaan di parkir berbayar? Kenapa bukan di tepi jalan atau mana-mana kawasan lapang yang tidak dikenakan caj bayar? Jawapannya, sudah tentu kerana mahu kereta yang kita tinggalkan itu selamat.

Tahukah anda, kita sebagai orang awam boleh meminta pampasan atau ganti rugi daripada pihak pengurusan parkir sekiranya kereta dicuri dalam kawasan jagaan mereka. Ya, ramai yang tidak tahukan?

Baru-baru ini, Mahkamah Rayuan di Putrajaya memperakukan keputusan dibuat mahkamah terdahulu ke atas sebuah syarikat pengurusan parkir atas kecuaian.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen dan mengarahkan Sunway Parking Services Sdn Bhd membayar pampasan bernilai RM117,000 kepada syarikat sewa kereta yang kehilangan kenderaan di kawasan parkir mereka.

euro-rent-a-car-logo
sunway-smart-parking-logo

Mahkamah Rayuan menetapkan Sunway Parking Services Sdn Bhd bertanggungjawab memenuhi perjanjian apabila sebuah kereta milik Euro Rent A Car Sdn Bhd (Euro Rent) yang diletakkan di kawasan parkir syarikat tersebut. Hakim Hanippah Farikullah, Lee Swee Seng, dan Che Mohd Ruzima Ghazali bersetuju bahawa syarikat tidak boleh mengelak kebertanggungjawaban dengan menggunakan ‘fasal pengecualian’ dalam perjanjian berkenaan.

Fasal pengecualian itu biasanya ditulis di tiket yang menyatakan pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden yang menimpa kereta yang diparkir di situ.

BACA >>> Curi Civic Polis: Penjual Ikan Bilis Hadap 6 Pertuduhan, Kena Rujuk Mental di Hospital Bahagia

RINGKASAN KES

Insiden berlaku pada 25 April 2016 apabila Euro Rent menyewa kereta bernombor pendaftaran BNS 9066 kepada seorang warga Perancis, Hemici Sofiane. Dua hari kemudian, Sofiane meletakkan kereta disewanya itu di The Pinnacle Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya kira-kira jam 2.30 petang. Namun, kereta tersebut hilang pada sebelah.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta mangsa dicuri dan dapat keluar dari kawasan parkir tersebut walaupun tanpa tiket. Caranya, pencuri akan mengekor rapat kenderaan depan dan cuba keluar sebelum palang kawalan sempat diturunkan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi menyatakan, mangsa sudah membayar caj parkir dan pihak pengurusan sepatutnya tidak boleh bergantung kepada terma yang mensyaratkan hanya pemilik kereta bertanggungjawab penuh atas kenderaan mereka sendiri.

Keputusan itu diperakukan Mahkamah Tinggi pada 2018 sebelum sekali lagi dipersetujui Mahkamah Rayuan yang menandakan tiada lagi rayuan boleh dikemukakan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Jiran dari Neraka Parkir Depan Rumah Kita?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Brek Parkir Kereta yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: FMT

Related

24.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Auto Terkini, curi kereta, Hemici Sofiane, Kereta Kena Curi di Parkir, Mahkamah Rayuan, Parkir, Pengurusan Parkir, Sunway Parking Services Sdn Bhd, The Pinnacle Sunway

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev