• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha YZF-R15 VVA V4 Muncul Tahun Depan?

Yamaha YZF-R15 VVA V4 Muncul Tahun Depan?

December 8, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA YZF-R15 VVA V4 baharu dijangka muncul tahun depan yang mana kod akhir, V4 sebenarnya bukan tentang konfigurasi enjin, sebaliknya singkatan kepada versi keempat. Model sekarang, V3 ialah generasi ketiga.

YZF-R15 kali pertama diperkenalkan di India dengan menggunakan asas enjin Vixion, yang juga mengambil ilham rekabentuk sportbike naked itu dalam versi fairing. Model versi Indonesia pula ialah YZF-R15 generasi kedua yang kemudian menjengah pasaran Malaysia pada 2018.

BACA >>> Honda CBR150R (2021) Akan Ada Fork USD?

Generasi kedua tampil lebih menarik berbanding generasi pertama versi India. Rupa depan ala R6, termasuk sisi depan hingga belakang yang mewarisi rekabentuk siri supersport Yamaha. Justeru tidak hairan kehadiran adik bongsu sisi YZF itu mendapat perhatian ramai peminat motosikal seluruh Indonesia.

Pada 2017, Yamaha melancarkan pula YZF-R15 VVA yang dikemas kini aspek prestasi, manakala ergonomik pelana lebih selesa. Kini selepas hampir tiga tahun di pasaran, sudah tiba masa model itu dinaik taraf.

Tambahan lagi, berita kemunculan sportbike Honda CBR150R (2021) sudah kecoh diperkatakan. Model pesaing itu dikatakan akan menggunakan fork terbalik (USD) dengan enjin dinaik taraf dan rekabentuk pula diperbaharui sepenuhnya. Ini secara tidak langsung memberi tekanan ke atas YZF-R15 sedia ada.

Bagaimanapun, setakat kini belum ada sebarang berita rasmi mengenai kehadiran generasi baharu YZF-R15 V4. Yamaha mungkin tidak terlalu bersemangat menumpukan segmen berkenaan kerana pasaran kecil yang bukan penyumbang besar kepada keuntungan di Indonesia.

Persoalannya, adakah R15 VVA V4 baharu akan diperkenalkan tahun depan? Bagaimana pula Malaysia, usahlah ditanya kerana kita memang sentiasa lewat menawarkan model baharu apatah lagi versi naik taraf melainkan warna dan seragam baharu. 

BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Tukar Apabila Sportbike Sudah Berusia 5 Tahun?
BACA >>> Suzuki Malaysia Siar Satu Lagi Foto Acah, Belang R150 Akan Kembali?

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: roda2, sportbike, sportbike 150cc, Yamaha, Yamaha R15 V3, Yamaha YZF-R15

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev