• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Lancar Honda CBR150R (2020) dengan Empat Warna Baharu, Harga RM13.5k

Thailand Lancar Honda CBR150R (2020) dengan Empat Warna Baharu, Harga RM13.5k

December 7, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

765
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AP HONDA baru saja melancarkan CBR150R (2020) untuk pasaran Thailand yang didatangkan dalam empat pilihan warna baharu diilhamkan daripada model abang besar, CBR650R dan CBR1000RR-R, pada harga 99,700 baht (RM13,500).

Apa yang menarik tentang CBR150R (2020) versi Thailand ini?

  • Ada empat pilihan warna ditawarkan, iaitu kelabu-merah (rim depan merah, rim belakang hitam), hitam-jingga (rim jingga), merah-hitam (rim merah) dan hitam-merah (rim hitam).

  • Seragam paling menarik ialah kelabu-merah yang mendapat kemasan rim merah di depan dan rim hitam di belakang. Rekaan grafik fairing varian itu juga lebih unik dengan kowl enjin dan fender depan merah yang kontras berbanding warna badan.

  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 149cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa  17.1hp dan tork 14.4Nm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan jenis multiplat basah.

  • Tinggi pelana 787mm jenis tandem memberikan keselesaan untuk penunggang dan pembonceng, manakala kapasiti tangki 12 liter direka baharu gaya supersport.
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik boleh laras prabeban di depan dan monoshock ProLink boleh laras prabeban 7-tetapan di belakang.
  • Sistem brek jenis cakera petal di depan dan belakang yang dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Tayar pula bersaiz 100/80-17M C 52P (depan) dan 130/70-17M / C 62P (belakang).
  • Sistem dwi-lampu utama jenis LED penuh disertakan bersama Signal Henti Kecemasan (ESS). Bahagian mufler diperbaharui dan diberikan pelindung kevlar. Bahagian pelana dirombak yang kini memberikan posisi tunggangan lebih sporty.

BACA >>> Honda CBR150R (2021) Akan Ada Fork USD?
BACA >>> 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

SUMBER: APHondaThailand

Related

765
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: AP Honda, Honda CBR150R (2020), roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my