• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Firma UK Tukar Range Rover Klasik Kepada Model Elektrik

Firma UK Tukar Range Rover Klasik Kepada Model Elektrik

December 9, 2020 By Abang Hirata 1 Comment

FacebookTwitter


RANGE Rover
memang nampak gah atas jalan dengan rekabentuk besar, mewah dan menyerlah. Begitu juga dengan siri lain seperti Evoque dan Velar yang serba menawan.

Ini pula projek melibatkan Range Rover klasik yang dihidupkan semula sebagai kereta elektrik. Proses baik pulih dengan menggantikan trenkuasa elektrik itu dibuat Lunaz, iaitu syarikat pakar pembuatan kereta elektrik klasik yang berpangkalan di Silverstone, England.

Kumpulan pertama pengeluaran melibatkan 50 unit Range Rover (1970-1994). Lunaz bukan baharu dalam projek sebegini kerana sebelum ini pernah memperkenalkan Jaguar, Bentley dan Rolls-Royce yang dikuasakan trenkuasa elektrik.

Sebagai respon kepada pelanggan, Range Rovers by Lunaz ini akan ditawarkan dalam dua varian, Town dan Country dengan ciri seperti berikut:

Range Rover by Lunaz - TOWN

  • Menumpukan aspek keselesaaan pemandu dan penumpang.
  • Digunakan untuk dua tujuan: pandu sendiri atau automatik.
  • Ada dua saiz: Standard atau jarak roda panjang.

Range Rover by Lunaz - COUNTRY

  • Kerja komprehensif dari segi kejuruteraan, teknologi dan rekabentuk untuk kegunaan off-road elektrik.
  • Sistem pacuan empat roda (4WD).
  • Suspensi dan bar anti-oleng dipertingkat dan brek dinaik taraf.
  • Dilengkapkan ciri penyaman udara, dan unit infotainment yang dipasangkan mengikut skema rekabentuk asal bagi mengekalkan keaslian.

PROSES BAIK PULIH

Proses baik pulih bermula daripada asas (full bare metal) menerusi kerja-kerja modifikasi sebelum dipasangkan trenkuasa elektrik. Beberapa isu fungsi dan ketahanan akan ditangani supaya pemilik dapat merasai pengalaman terbaik menggunakan kereta mereka.

Setiap bahagian kereta akan ditimbang bagi memahami agihan berat asal dengan teliti hingga kepada tahap gram. Maklumat ini penting untuk tetapan casis, trenkuasa dan suspensi. Selepas enjin dan komponen berkaitan ditanggalkan, casis kereta disediakan untuk proses elektrifikasi.

Langkah tersebut melibatkan imbasan 3D bagi membolehkan pasukan jurutera menghasilkan model CAD terperinci untuk hal-hal teknikal setiap proses. Seperkara menarik mengenai kenderaan Lunaz itu, ruang penutup asal akan digantikan dengan palam mengecas.

Ini dapat mengekalkan keaslian kenderaan yang kelihatan seperti kereta berenjin konvensional. Malah, projek penukaran trenkuasa dan segala proses kerja lain dilakukan adalah tidak murah dengan harga untuk Range Rovers by Lunaz bermula  £245,000 (RM1,331,700), tidak termasuk cukai.

BACA >>> TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Lunaz, Range Rovers, Range Rovers by Lunaz, Roda4, SUV

Comments

  1. Hassan says

    December 11, 2020 at 5:19 PM

    Nak bandingkan petrol dgn elektrik. Mana lagi jimat? Bagus kalau murah boleh apply untu semua kereta.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev