• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Basikal Maut Kena Langgar Myvi

Penunggang Basikal Maut Kena Langgar Myvi

December 4, 2020 By Azizi H Leave a Comment

657
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG warga emas maut ketika berbasikal  di Jalan Kuala Perlis-Changlun dekat jejambat Kampung Chepa, Pauh di Arau Perlis akibat dirempuh Perodua Myvi yang tidak sempat mengelak, semalam.

Mangsa, Ooi Fo Seng, 64, maut di tempat kejadian pada jam 8.53 pagi, manakala pemandu Myvi, 32, itu tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kemalangan berlaku jam 8.40 pagi ketika mangsa dari Taman Kemajuan, Kangar menunggang di laluan sebelah kiri sebelum mengubah laluan secara mengejut yang menyebabkan pemandu gagal mengelak.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kereta datang dari arah Changlun untuk ke tempat kerjanya. Bagaimanapun tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau kamera pemuka (dashcam) ketika kejadian. Namun, saksi bersama mangsa yang juga rakan berbasikal akan membuat laporan susulan.

Pemandu ialah seorang anggota tentera yang berasal dari Pokok Sena, Kedah. Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Menteri WP: Putrajaya Akan Tukar Laluan Motosikal Kepada Laluan Basikal
BACA >>> Tidak Boleh Lagi Berbasikal di Lebuh Raya, Kecuali...

SUMBER: UtusanMalaysia

Related

657
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aktiviti Berbasikal, Auto Terkini, basikal, kemalangan, Kemalangan Penunggang Basikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev