• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMW Toyota Lancar Model Baharu 17 Disember Ini, Adakah GR Yaris, Vios GR Sport?

UMW Toyota Lancar Model Baharu 17 Disember Ini, Adakah GR Yaris, Vios GR Sport?

December 4, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor bakal melancarkan model baharu pada 17 Disember ini, tetapi jemputan diterima tidak menyatakan sebarang maklumat mengenai kenderaan berkenaan.

Berdasarkan imej acah pra-pelancaran, ia akan tampil sebagai model sporty, berjiwa muda dan emosional. Adakah UMW Toyota akan melancarkan versi GR untuk Yaris dan Vios selepas baru saja memperkenalkan model dipertingkat (facelift)?

Ramalan kami, model itu mungkin saja tiba kerana wakil pengeluar itu sudah pun memperkenalkan GR Supra sebelum ini. Tambahan lagi, Thailand juga sudah membuka tempahan GR Yaris pada harga sekitar RM363,000. Agaknya berapakah pula harga model GR versi tempatan?

Selain nama sama, model GR ialah versi model trek yang sah atas jalan mengikut homologasi Kejuaraan Rali Dunia  (WRC). Jadi, model dibangunkan juara dunia WRC, Tommi Mäkinen itu semestinya tidak murah.

BACA >>> Thailand Buka Tempahan Toyota GR Yaris, Harga RM363k Saja

Jika Vios GR Sport dilancarkan nanti, model itu akan jadi pilihan tambahan kepada peminat sedan-B tersebut. Ini dikuatkan dengan imej intip di media sosial bulan lalu yang nampak seakan dirakamkan dalam kilang dengan bentuk badan Vios facelift disertakan kit badan khas GR Sport.

Selain itu, model prestasi itu dipasangkan rim aloi hitam berkilat. Juga kelihatan kelibat kabin dengan kerusi semi-buket yang dipadukan warna hitam-kelabu berserta sulaman logo GR pada penyandar kepala.

Kami menjangka tiada talaan enjin dibuat dan mungkin sekadar perubahan kosmetik. Mungkin UMW Toyota cuma memperkenalkan Vios dan Yaris facelift kerana dua model itu masih belum dilancarkan secara rasmi walaupun tempahan sudah dibuka.

Kesimpulannya, adakah 17 Disember nanti UMW Toyota akan memperkenalkan Vios atau Yaris versi facelift, ataupun model GR? Ataupun boleh jadi empat model berbeza serentak sebagai penutup 2020? Jangan lepaskan peluang menonton pelancaran maya menerusi laman Facebook Toyota Malaysia pada jam 7.30 petang.

BACA >>> Toyota Yaris (2020) Facelift Buka Tempahan, Harga Mula RM72k!
BACA >>> Toyota GR Yaris - Hot-Hatch Rali Jadian dengan Kuasa 257hp, 360Nm!

Related

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Presiden UMW Toyota Motor, Roda4, Toyota, Toyota GR Yaris, Toyota Vios Facelift, Toyota Vios GR Sport, Toyota Yaris, toyota yaris malaysia, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev