PROTON mencatatkan jualan 11,411 unit kenderaan melibatkan pasaran domestik dan import, naik 18 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ini menyumbang kepada keseluruhan jualan 96,410 unit setakat November lalu tahun ini, iaitu peningkatan 7.5 peratus berbanding tahun lalu dengan pegangan pasaran dianggarkan sekitar 20.1 peratus.
Walaupun jualan model Proton lain menurun berbanding bulan terdahulu, iaitu Oktober, tetapi serahan X50 kepada pembeli meningkat. Sebanyak 1,756 unit sudah diserahkan kepada pembeli yang menjadikan model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B itu paling laris di Malaysia.
BACA >>> #PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!
X70 pula mencatatkan jualan 2,157 unit sepanjang November lalu. Jualan kenderaan di Malaysia melebihi jangkaan awal tahun ini. Proton menganggarkan peningkatan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) lebih 56,000 unit untuk tiga bulan berturut-turut ini banyak dibantu promosi akhir tahun yang diberikan.
Ini ditambah pula inisiatif PENJANA dan pelancaran model baharu seperti X50 yang membantu meningkatkan jumlah jualan. Pada akhir November lalu, jumlah kenderaan Proton yang dieksport ke luar negara sudah melebihi angka keseluruhan tahun lalu.
BACA >>> Perbandingan: Geely Coolray Filipina vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
Leave a Reply