• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha India Lancar FZS-FI Vintage, Harga RM6k!

Yamaha India Lancar FZS-FI Vintage, Harga RM6k!

December 2, 2020 By Aryon Leave a Comment

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor India melancarkan FZS-FI Vintage untuk pasaran India pada harga 109,700 rupee (RM6,060) dan kini sudah pun diedarkan di seluruh wakil pengedar Yamaha seluruh negara.

Dibina berasaskan model standard, FZS-FI Vintage ini menampilkan kemasan cat Vintage Green dengan grafik baharu dan pelana kulit. Streetbike ini juga dilengkapi ciri konektiviti Bluetooth yang dihubungkan dengan aplikasi Yamaha Motorcycle Connect X.

yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-4
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-10
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-2
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-8
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-7
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-6

Spesifikasi mekanikal sama seperti varian standard. Edisi Vintage ini menggunakan sistem suspensi fork teleskopik di depan, dan Monocross di belakang, manakala sistem brek jenis cakera pada kedua-dua roda dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal di depan.

Ciri lain FZS-FI Vintage ialah lampu utama LED, kluster instrumen latar negatif dan kowl enjin. Trenkuasa dijana enjin silinder tunggal 149cc SOHC penyejukan udara berkuasa 12.2hp @ 7250rpm dan tork 13.6Nm @ 5,500rpm dengan transmisi klac manual 5-kelajuan.

BACA >>> Yamaha FZ 25, FZS 25 (2020) Versi Patuh BS6 Lancar di India, Harga Mula RM8.6k
BACA >>> Yamaha India Perkenal Aplikasi Bluetooth untuk Model Siri FZ

SPESIFIKASI

YAMAHA FZS-FI VINTAGE
  • Enjin: 4-lejang 2-injap silinder tunggal 149cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) Blue Core.
  • Transmisi: Manual 5-kelajuan
  • Kuasa & Tork: 12.2hp @ 7,250rpm; 13.6Nm @ 5,500rpm
  • Suspensi: Fork teleskopik (depan); Monocross boleh laras 7-tetapan (belakang)
  • Roda: Radial tiubles 100/80-R17 M/C 52P (depan); Radial tiubles 140/60-R17 M/C 63P (belakang)
  • Brek: Cakera 282mm (depan) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch; Cakera 220mm (belakang)
  • Tinggi Pelana: 790mm
  • Kapasiti Tangki: 13 liter
  • Ciri: Lampu utama LED,  kluster instrumen digital, indikator Eco, konektiviti Bluetooth bagi aplikasi mobil Yamaha Motorcycle Connect X untuk akses lokasi parkir, sejarah tunggangan, e-kunci, jawab balik dan rekod parkir dan kecemasan.
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-13
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-1
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-2
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-3
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-4
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-5
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-6
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-7
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-8
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-9
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-10
yamaha-fzs-fi-vintage-india-2021-11

Related

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: naked bike, roda2, sportbike, streetbike, Yamaha FZS FI Vintage Edition, Yamaha Motor India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev