• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: Pemandu Vios Bawa Pokok Pisang Kena Saman

#Tular: Pemandu Vios Bawa Pokok Pisang Kena Saman

November 30, 2020 By Azizi H Leave a Comment

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS menahan lelaki berusia 30-an kerana membahayakan pengguna jalan raya selepas tular rakaman klip video yang memaparkan aksinya memandu Toyota Vios dengan membawa sebatang pokok pisang di Johor Baharu pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek ditahan kerana menghalang dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Insiden berlaku di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, di Skudai sekitar jam 2 petang, dan polis menjejaki suspek kira-kira lima jam yang kini berada di Singapura.



Dzulkhairi berkata,

Anak lelaki kepada pemilik kereta itu kemudian tampil menyerah diri di balai polis trafik Iskandar Puteri dan mengaku sepupunya yang berusia 30 tahun, ialah pemandu kenderaan tersebut dalam insiden berkenaan, dan pokok pisang adalah untuk tujuan keagamaan."

Pemandu itu akhirnya menyerahkan diri di balai polis pada jam 9.30 malam hari berikut (29 November), dan pemeriksaan latar belakang menunjukkan suspek memiliki 18 saman lalu lintas, termasuk empat waran tangkap dan 10 saman tidak dikompaun.

Suspek akan disaman di bawah Peraturan 20 Peraturan Lalu Lintas Jalan 166/59 kerana membawa muatan dengan kenderaan tidak sesuai. Malahan, cukai jalan juga sudah tamat tempoh. Dia kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Baru untuk menyelesaikan enam saman tertunggak berjumlah RM1,200, manakala kereta disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: TheStar

Related

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ACP Dzulkhairi Mukhtar, Auto Terkini, Toyota, Toyota Vios, Toyota Vios Bawa Pokok Pisang, tular, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my