KYMCO pernah mencipta dan mempamerkan beberapa model motosikal elektrik seperti superbike Supernex dan naked bike Revonex.
Terbaharu, berkongsi pentas dengan pelancaran duo skuter KRV 175 (foto bawah kiri) dan DT X360, pengeluar dua roda dari Taiwan itu turut memperkenalkan skuter elektrik pertama jenama itu, F9.
BACA >>> Kymco KRV 175 (2021) - Skuter Maksi Pertama dengan Pacuan Tali Sawat Terbuka, Swingarm
BACA >>> Kymco DT X360 - Skuter Advencer yang Akan Bersaing dengan Honda X-ADV
F9 direka sporty seakan skuter yang diubah suai untuk beraksi drift dengan sosok badan bersudut tajam dari madgad depan hingga belakang. Sekali pandang, skuter ini nampak cuma ada pelana tunggal.
Namun, jika diperhatikan memang ada ruang tempat duduk kecil untuk pembonceng, cuma tidak begitu selesa. Lampu utama kembar diposisikan pada hujung panel fasia depan, jenis LED, termasuk lampu belakang.
Skuter sport ini menggunakan motor elektrik berkuasa 12.6hp (9.4kW) dan tork 30Nm. Menariknya sistem transmisi skuter ini didatangkan dalam pilihan gear mengikut tahap kelajuan pada roda belakang. Bagaimanapun, maklumat mengenai kotak gear itu masih belum diperincikan.
Skuter ini dipacu menggunakan tali sawat (drive-belt) untuk menggerakkan roda belakang. F9 mampu memecut hingga 50kmj sepantas 3 saat dan mencapai kelajuan maksimum 110kmj.
Kuasa menggerakkan skuter ini datang dari pek bateri litium-ion seberat 17kg, jenis 96v 40Ah yang dipasang bawah frem tubular. Satu cas penuh membolehkan F9 ditunggang sejauh 120km.
Pek bateri boleh dicas penuh dalam masa dua jam jka menggunakan pengecas pantas. Skuter ini agak kompak dengan berat cuma 107kg. Swingarm F9 jenis tunggal atau sebelah yang jarang dapat dilihat digunakan skuter dan bersambung dengan monoshock.
Sistem suspensi depan menggunakan fork teleskopik biasa. Rim sport F9 dibuat daripada aloi ringan dan bersaiz 14 inci, manakala saiz tayar digunakan 110/80 di depan dan 140/70 (belakang). Skuter ini juga dibekalkan ciri Bluetooth untuk sambungan telefon pintar.
BACA >>> Sumber BSH: Honda ADV 150 Tidak Sempat Masuk Tahun Ini, Lancar Tahun Depan!
SUMBER: Motorrad
Leave a Reply