• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Segala Tentang Mounting Enjin yang Perlu Anda Tahu

#TahukahAnda: Segala Tentang Mounting Enjin yang Perlu Anda Tahu

December 14, 2020 By Talib Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGALAMAN kereta bergetar sebaik saja menghidupkan enjin memang mengganggu konsentrasi pemanduan. Getaran itu menyebabkan kita rasa kurang selesa mengawal stereng. Badan pula boleh cepat penat kerana turut merasakan impak langsung akibat getaran yang terhasil.

Situasi itu berlaku kerana terdapat bahagian enjin bermasalah, iaitu komponen paling penting yang berfungsi menghalang getaran.

Komponen berkenaan tidak lain dan tidak bukan ialah cagakan atau mounting enjin (engine mounting). Ia berfungsi memegang enjin dan menyerap getaran untuk membataskan impak getaran merebak ke badan kereta.

Kebanyakan pengeluar automotif menghasilkan bahagian enjin yang bersambung dengan sistem transmisi. Ini memerlukan tiga atau empat posisi mounting enjin dan transmisi. Bahagian pemegang antara transmisi dan badan, atau frem kereta itu dipanggil mounting transmisi (transmission mount).

Mounting enjin berfungsi sebagai pemegang kawasan enjin kereta. Komponen itu dibuat daripada getah supaya tidak bersambung terus antara logam enjin dan logam badan kereta. Ini kerana enjin ialah sumber getaran dengan pelbagai komponen  bergerak dan berpusing. Jadi, komponen itu diperlukan bagi mengurangkan getaran enjin menembus masuk ruang dalaman kereta.

JENIS MOUNTING ENJIN

Ada empat jenis mounting enjin berbeza.
i) Mounting Transmisi

Keseluruhan bentuk mounting menggunakan getah dan ditampal kekal pada dua plat logam untuk tujuan pemasangan bolt antara enjin/transmisi dan badan kereta. Rekabentuk ini memberikan keupayaan paling baik untuk mounting transmisi mengawal getaran dan bunyi daripada gema enjin.

Mounting ini juga mudah retak atau koyak apabila sudah sampai kitaran jangka hayat komponen itu, dan juga mudah bergerak atau longgar disebabkan beban berlebihan.

Jika enjin berkuasa tinggi dan mempunyai beban lebih, jurutera perlu meningkatkan ketahanan komponen mounting. Kelebihan komponen ini adalah berasaskan kawalan getaran yang menjadikan jenis mounting enjin paling popular digunakan banyak pengeluar kereta.

ii) Mounting Logam

Nama saja sudah menggambarkan tiada bahan lain digunakan untuk mounting enjin ini. Ikatan atau pegangan antara enjin dan badan kereta adalah paling kuat berbanding jenis mounting enjin lain. Ini bermakna penggunaan mounting logam boleh menyebabkan peningkatan getaran dan bunyi pada badan kereta.

Nampak macam kekurangan, tetapi tenaga disalurkan ke badan kereta adalah paling tinggi. Jadi mounting logam hanya sesuai digunakan dalam sukan permotoran.

iii) Mounting Hidro

Mounting hidro pula berfungsi hampir sama dengan peredam tekanan dengan cecair dimasukkan ke dalam mounting. Ini bertujuan meningkatkan tahap sekatan kepada getaran berbanding mounting transmisi. Namun kos komponen ini lebih tinggi dan berisiko bocor atau rosak selepas digunakan beberapa tahun.

iv) Mounting Elektronik

Mounting elektronik ialah teknologi baharu yang digunakan kereta mewah yang mampu mengawal tahap kelenturan mounting bagi menghalang gema getaran daripada enjin. Mounting ini juga mampu menghasilkan getaran berlawanan yang akan menyahkan getaran enjin dalam halaju berbeza.

MASALAH MOUNTING ENJIN

Perbezaan mounting enjin baru (kiri) dan lama.

Mounting enjin tidak  memerlukan baik pulih atau penyelenggaran berkala. Apa diperlukan adalah menukar mounting enjin lama kepada baharu jika komponen itu rosak atau tidak berfungsi baik. Jangka hayat mounting enjin pula sukar ditetapkan kerana bergantung kepada gaya pemanduan, kondisi jalan raya dan banyak situasi lain.

Namun, mounting enjin seharusnya mampu bertahan hingga akhir hayat kereta tersebut mengikut pengeluar. Di sini, mounting enjin mula menunjukkan simptom masalah apabila usia kereta memasuki usia 5-7 tahun. Mounting transmisi pula memiliki ketahanan lebih lama berbanding jenis mounting enjin lain.

Kerosakan paling banyak berlaku ialah getah mounting enjin retak atau pecah, ataupun apabila cecair terkeluar daripada mounting enjin hidro. Apabila kerosakan berlaku, peningkatan bunyi enjin akan berlaku dan ruang kabin bergetar lebih terasa.

Kebiasaannya, getaran berlebihan ini akan lebih terasa apabila kereta dalam kondisi pegun atau lahu, dan sistem transmisi berhubung (engaged). Contoh kereta mengalami masalah ini adalah seperti Honda Civic (2007-08) dan Mazda3. Tetapi ini berlaku kalau mounting enjin rosak saja. Jika tiada kerosakan, memang tiada masalah.

Bunyi-bunyi yang tidak sedap didengar juga mungkin berlaku pada model kereta lain. Ada bunyi hilang apabila pemandu memasukkan gear N (neutral), ada yang bunyinya semakin teruk. Jadi simptom masalah mounting enjin adalah berbeza mengikut model kereta, termasuk bunyi getaran yang juga berbeza

BAGAIMANAKAH PERIKSA KEROSAKAN MOUNTING ENJIN?

Kelihatan cecair terkeluar daripada mounting enjin yang bocor.

Mounting enjin rosak seperti getah pecah, terkoyak, dan cecair bocor mudah dikenal pasti seperti contoh gambar di atas. Kita juga boleh nampak mounting enjin berganjak dari kedudukan asal kerana getaran enjin terlalu tinggi yang tidak mampu ditampung komponen itu lagi.

Tip mudah, jika berdepan masalah bunyi dan tidak pasti dari manakah masalah itu, ia kemungkinan besar dari kerosakan mounting enjin.

Jadi, apa perlu dilakukan mekanik adalah memeriksa dan mengenal pasti semua punca masalah getaran itu. Contohnya, apabila paip ekzos rosak, masalah yang timbul juga seakan sama dengan simptom mounting enjin rosak.

Kebiasaannya, kedudukan enjin akan nampak menjunam pada bahagian mounting enjin rosak. Situasi itu bakal memberikan kesan kepada mounting enjin lain. Ini pula situasi biasa berlaku yang menyebabkan mekanik perlu menukar lebih satu mounting enjin.

Mounting enjin teranjak dari kedudukan asal.

BACA >>> #TahukahAnda: Mounting Enjin Haus, Rosak Punca Kereta Gegar?
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PENUKARAN MOUNTING ENJIN

Kos mounting enjin berbeza mengikut jenis komponen tersebut. Kos mekanik juga berbeza mengikut bengkel. Mounting enjin mungkin ditanggung di bawah pakej waranti pengeluar kereta.

Bagaimanapun, pakej waranti cuma sah lebih kurang lima tahun. Seperti yang dijelaskan paragraf di atas, masalah mungkin berlaku selepas kereta memasuki usia 5-7 tahun. Cara paling jimat, beli mounting enjin secara atas talian. Tetapi ingat, mounting enjin adalah antara komponen mudah rosak sekiranya kita terbeli alat ganti tiada kualiti.

Lebih baik pergi ke bengkel yang boleh kita percaya dan beli alat ganti yang disertakan waranti guna. Seperkara lagi, proses menukar mounting memerlukan enjin kereta diangkat dan ini sukar dilakukkan tanpa peralatan lengkap. Jadi, lebih mudah  pemilik kereta ke bengkel boleh dipercayai dan bukan memandai-mandai tukar sendiri.

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Cagakan Enjin, Engine Mounting, Mounting Enjin, Roda4, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
    COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev