VIETNAM baru saja menjadi negara Asean terbaharu melancarkan sportbike 240cc 4-silinder, Ninja ZX-25R pada harga 189,000,000 dong (RM33,430), tidak termasuk pendaftaran dan nombor plat) dalam dua pilihan warna hitam-merah dan hijau KRT.
Apa menarik mengenai Ninja ZX-25R ialah trenkuasa berkuasa tinggi ditawarkan yang mengatasi pesaing lain dalam kelas sama. Paling mengasyikkan sudah tentu deruman ekzos dilontarkan dari enjin 4-silinder dengan bunyi seakan jentera middleweight dan superbike.
Jika menukar ekzos aftermarket, bunyi dihasilkan itu pula kedengaran berbeza mengikut jenis jenama ekzos seperti Po zin, Austin Racing, Arrow, Leovince, Spark, Termignoni, SC Project dan lain-lain.
Jom kita dengar perbezaan bunyi tersebut menerusi video di bawah. Mana satu pilihan anda?
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R Umum Harga Pasaran Vietnam, RM33.4k untuk Varian SE Sahaja
BACA>>> Inilah Sebab Kenapa Ekzos Akrapovic Mahal Sangat
Leave a Reply