FOTO ini mendapat perhatian ramai peminat motosikal yang dikatakan model touring Honda CB1100X yang menyusul selepas pelancaran CMX1100 Rebel dengan menggunakan enjin sama daripada CRF1100L Africa Twin.
Imej itu diambil daripada AutoBy, iaitu laman web Jepun yang sama meramalkan dengan tepat rupa CMX1100 Rebel baharu. Walaupun desas-desus mengenai CB1100X belum disahkan Honda, tetapi maklumat dan ramalan disebutkan AutoBy biasanya jadi kenyataan.
BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Jentera Touring Benelli Paling Berkuasa
CB1100X dikatakan mengetengahkan trenkuasa Africa Twin, berkapasiti 1,084cc dengan transmisi dual klac (DCT) dan mendapat talaan khas, sama seperti dilakukan pada 1100 Rebel. Model baharu ini juga menggunakan casis serba baharu yang dijangka menjadi jentera baharu mengujakan pernah dibangunkan Honda.
Gaya CB1100X mungkin nampak serba baharu berbanding barisan Honda sedia ada, tetapi sebenarnya model ini meminjam asas rekabentuk model konsep CB4X (foto atas) sentuhan firma rekabentuk dari Itali, Big Red yang pernah ditayangkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019.
BACA >>> #BikinMotor: Honda Winner X Ini Sentuhan Anak Malaysia
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul
Leave a Reply