• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Note (2021) Serba Baharu Lancar di Jepun, Kini Enjin Hibrid, Harga Mula RM79k

Nissan Note (2021) Serba Baharu Lancar di Jepun, Kini Enjin Hibrid, Harga Mula RM79k

November 25, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN melancarkan Note (2021) generasi baharu di Jepun yang dijadualkan mula dijual pada 23 Disember depan pada harga bermula 2 juta yen (RM79,000).

Note (2021) serba baharu menampilkan rekabentuk evolusi dengan gril V-motion lebih besar yang diapit lampu depan baharu. Profil direka bentuk sepenuhnya yang menampilkan garis baharu dan gerbang roda yang lebih jelas serta garis bumbung yang lebih melengkung ke arah belakang yang kemudian berakhir di spoiler bersama lampu belakang yang mendatar.

Warna badan Opera Mauve baharu bergabung dengan 13 palet warna dan rim baharu yang melengkapkan kemas kini luaran. Ruang kabin direka semula dengan konsol tengah tiga dek berserta unit infotainment bersepadu dan kluster instrumen digital.

Stereng juga direka baharu, manakala panel kawalan dan ventilator penyaman udara kini lebih kompak dan rapi.

Begitu juga konsol tengah yang kini tampak lebih kemas dan moden, menempatkan gear, brek parkir elektrik (EPB) dan pad pengecas wayarles. Hatchback ini juga didatangkan dengan sistem bantuan pemandu seperti kamera 360º dan ProPilot bersama Navi-link.

Semua varian Note (2021) baharu akan dilancarkan dengan trenkuasa elektrifikasi e-Power. Bahagian roda dipacu motor elektrik, manakala enjin pembakaran dalaman digunakan untuk mengecas bateri.

Sistem e-Power generasi kedua ini menggunakan motor elektrik dan inverter serba baharu. Motor elektrik menghasilkan ekstra tork 10 peratus lebih baik dan meningkatkan output kuasa sebanyak 6 peratus, manakala enjin pembakaran dalaman kini lebih berkuasa dan efisien. Trenkuasa  juga ditala untuk mendapat pecutan lebih lancar dan menambah baik kesenyapan kabin.

Semua varian elektrik, yang dibekalkan dua motor elektrik pada setiap satu gandar roda, dan varian pacuan semua roda (AWD) akan dilancarkan bulan depan. Harga Note (2021) spesifikasi Jepun adalah seperti berikut:

  • Note S - 2,029,500 yen (RM79,030)
  • Note F - 2,054,800 yen (RM80,410)
  • Note X - 2,186,800 yen (RM85,580)

BACA >>> #Videotomotif: Kenapa Pelumba Rali Perlukan Co-Driver?
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
BACA >>> Imej Paten Bocor, Inikah Rupa Honda Civic Hatchback (2022) Generasi Baharu?

nissan-note-juke-2021-japan-18
nissan-note-juke-2021-japan-6
nissan-note-juke-2021-japan-7
nissan-note-juke-2021-japan-10
nissan-note-juke-2021-japan-8
nissan-note-juke-2021-japan-9
nissan-note-juke-2021-japan-1
nissan-note-juke-2021-japan-17
20_B13B_B_chartINP_X.eps
nissan-note-juke-2021-japan-3
20_B13B_B_chartINP_S.eps
nissan-note-juke-2021-japan-5
nissan-note-juke-2021-japan-11
nissan-note-juke-2021-japan-13
nissan-note-juke-2021-japan-12
nissan-note-juke-2021-japan-14
nissan-note-juke-2021-japan-15
nissan-note-juke-2021-japan-16

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback, Hatchback 4-pintu, Nissan, Nissan Japan, Nissan Note (2021), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev