• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Perodua Fokus Khidmat Lepas Jualan

BERITA AUTO: Perodua Fokus Khidmat Lepas Jualan

August 4, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Perodua-2PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menurunkan sasaran jualan daripada 197,000 unit kepada 193,000 unit setahun seperti mana yang diunjurkan sebelum ini.

Semakan penurunan jumlah jualan dilakukan susulan kelembapan pasaran dan saingan daripada pengeluar kereta bukan nasional selain kesan daripada semakan semula kadar dasar semalaman oleh Bank Negara Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh menyifatkan 2014 adalah tahun lebih mencabar buat syarikatnya untuk mengekalkan jumlah jualan seperti disasarkan sebelum ini.

Menurut Aminar, prestasi jualan separuh pertama jatuh sebanyak 2.5 peratus iaitu penjualan 94,5000 unit berbaanding 96,9000 pada tempoh yang sama tahun lalu.

Biarpun mengalami penurunan sasaran jualan pada tahun ini, Perodua cuba mengimbangi pendapatan syarikatnya menerusi servis dan penjualan alat ganti. Dengan memberi fokus kepada perkhidmatan selepas jualan, Perodua mencatatkan peningkatan sebanyak empat peratus jumlah kunjungan pelanggannya ke pusat servis.

Tambah Aminar, pihaknya menawarkan promosi dan potongan harga bagi alat ganti dalam usaha menarik pelanggan ke pusat servis selain mendapatkan khidmat nasihat profesional.

Sementara itu, Perodua bakal meningkatkan kualiti servis di kesemua pusat perkhidmatannya tahun ini. Sebuah pusat 3S (servis, jualan dan alat ganti) baharu dan termaju di Seksyen 19, Petaling Jaya turut akan dibuka tidak lama lagi bagi menampung jumlah pelanggan yang kian meningkat.

Selain itu, Perodua bakal melancarkan model baharu tidak lama lagi. Biarpun ada ura-ura menyatakan model baharu ini akan menggantikan Perodua Viva, namun ia disangkalkan Aminar. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengenalan model baharu itu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Aminar Rashid Salleh, Perodua Axia, Perodua Viva, PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Sasaran turun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev