• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda N-One (2021) Lancar di Jepun, Harga Mula RM63k

Honda N-One (2021) Lancar di Jepun, Harga Mula RM63k

November 23, 2020 By Azhan O Leave a Comment

508
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA N-One (2021) dilancarkan untuk pasaran domestik Jepun yang akan ditawarkan dalam empat varian, iaitu Original, Premium, Premium Tourer dan RS dengan julat harga antara 1,599,400 yen (RM63,070) hingga 2,022,900 yen (RM79,770).

Semua varian dijana enjin 660cc DOHC dengan pengecas turbo untuk Premium dan RS yang dipadankan kotak gear CVT, kecuali varian atasan menggunakan opsyen transmisi manual 6-kelajuan. Juga ada pilihan sistem pacuan semua roda (AWD) untuk varian Original, Premium dan Premium Tourer.

BACA >>> Suzuki Swace - Wagon Moden Praktikal Hasil Kerjasama dengan Toyota

N-One (2021) masih mengekalkan rekabentuk asal seperti diperkenalkan di Jepun sejak lapan tahun lalu dengan gaya berkotak, dua lampu utama bulat yang mengapit panel gril, garis bumbung lurus dan tinggi, dan lampu belakang vertikal berserta lencana Honda tersergam di tengah but.

Rupa kabin N-One (2021) tampil minimalis yang memuatkan sistem infotainment, stereng multifungsi, tingkap kuasa dan cermin sisi, penyaman udara, palam pengecas USB, pemegang cawan, dan poket stroran. N-One (2021) juga model pertama dalam kelasnya yang memiliki sistem pengingat tali keledar belakang.

Ciri keselamatan lain dibekalkan ialah mitigasi perlanggaran pejalan kaki, brek mitigasi perlanggaran, mitigasi tukar lorong, Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Mula Daki (HSA), Pengecam Tanda Lalu-Lintas (TSR), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), dan Lampu Suluh Tinggi Adapatif (AHB).

BACA>>> Honda N-One Versi Kemas Kini Tampil Lebih Gaya, Moden

honda-n-one-jdm-2021-1
honda-n-one-jdm-2021-2
honda-n-one-jdm-2021-3
honda-n-one-jdm-2021-4
honda-n-one-jdm-2021-5
honda-n-one-jdm-2021-6
honda-n-one-jdm-2021-7
honda-n-one-jdm-2021-8
honda-n-one-jdm-2021-9

Related

508
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback segmen-A, Honda, Honda Japan, Honda N One (2021), Kereta kompak, Roda4, segmen A

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev