• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Modenas Elegan 250 ABS (2020) Lancar, Harga RM15,315 Sahaja!

Modenas Elegan 250 ABS (2020) Lancar, Harga RM15,315 Sahaja!

November 19, 2020 By Aryon 1 Comment

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODENAS hari ini melancarkan skuter maksi, Elegan 250 ABS (2020) pada harga RM15,315. Walaupun rekabentuk baharu ini mungkin tidak banyak berbeza dengan model terdahulu, tetapi ada beberapa ciri tambahan ditawarkan.

Elegan 250 ABS (2020) dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 250cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 22.1hp @ 7,000rpm dan tork 22.4Nm @ 6,500rpm.

BACA >>> 2 Foto Modenas Elegan 250 Bocor - Menarik Tak?

Skuter ini dilengkapkan kluster instrumen digital multifungsi dengan paparan maklumat tunggangan seperti spidometer, odometer, jam digital, indikator voltan bateri dan pengingat penukaran minyak yang tiada pada model berharga lebih premium.

Satu lagi ciri sangat berguna ialah palam USB, disediakan dalam kotak simpan pemuka untuk penunggang mengecas telefon pintar ketika menunggang atau pada bila-bila masa.

Ciri paling utama Elegan 250 ABS (2020) ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran di depan dan belakang sebagai teknologi keselamatan menunggang yang berfungsi mengelak roda terkunci ketika membrek selain memastikan jarak henti terbaik dalam sebarang kondisi cuaca.

Skuter ini dilengkapi lampu depan projektor dan lampu siang (DRL), manakala lampu belakang bentuk ‘X’ jenis LED yang memberikan penglihatan lebih terang dan mudah dilihat pengguna jalan raya lain.

Elegan 250 ABS (2020) juga direka untuk keselesaan dan praktikaliti menerusi kapasiti ruang simpanan bawah pelana besar yang boleh memuatkan dua helmet, barangan beli-belah, atau apa saja kelengkapan lain. Pelana besar memberikan keselesaan tambahan buat penunggang dan pembonceng, manakala bahagian lantai kaki direka dinamik untuk posisi lebih fleksibel dan relaks.

Ada dua warna ditawarkan Matte Satin Merah dan Matte Satin Hitam yang kini boleh didapati di semua pengedar sah Modenas bermula November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan yakin Elegan 250 ABS (2020) akan memberi impak untuk pasaran motosikal tempatan dan optimis dengan prestasi perniagaan pengeluar motosikal nasional itu di sebalik krisis wabak Covid-19.

BACA >>> Yamaha X-Max 250 vs Modenas Elegan 250, Siapa Lagi 'Power'
BACA >>> 25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Modenas, Modenas Elegan 250 ABS, Modenas Elegan 250 ABS (2020), roda2, Roslan Roskan, skuter maksi

Comments

  1. shahar says

    November 19, 2020 at 10:07 PM

    size tayar depan dan blkg tidak di nyatakan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my