NÜRBURGRING-Nordschleife ialah litar yang mampu menaikkan jenama automotif. Tidak kira sama ada kereta itu berjenama Honda, Lexus, Renault atau Hyundai, kejayaan mencatatkan masa terpantas di litar tersebut berupaya membangkitkan aura dan kehebatan sesebuah model.
Rekod catatan masa pula dibahagikan mengikut kategori. Contohnya, Honda Civic Type R dan Renault Megane RS berada dalam kategori kereta pacuan roda depan (FWD). Ini tidak sesuai untuk Mercedes-AMG A45S kerana model itu jenis pacuan semua roda (AWD) walaupun memiliki gaya badan hatchback.
BACA >>> Megane RS Trophy-R Sekali Lagi Cipta Rekod FWD Terpantas, Kali Ini di Trek Suzuka!
Bagaimanakah pula kereta pengeluaran paling pantas di Nürburgring? Sebenarnya ada catatan terbaharu direkodkan pengeluar Jerman di litar tersebut.
Mercedes-AMG GT Black Series ialah kereta pengeluaran terpantas di Nürburgring dan rekod itu dicatatkan pelumba GT3, Maro Engel. Berikut beberaspa fakta mengenai jentera dan rekod dicatatkan coupe prestasi itu:
Masa
- 6:43,616 minit di litar, jarak 20.6km diukur tanpa laluan lurus di bahagian T13).
- 6:48,047 minit di litar, jarak 20.832km (termasuk laluan lurus di bahagian T13).
Kategori
- Kereta sport yang sah dipandu atas jalan raya, ada kelengkapan standard, tanpa ubah suai.
Trenkuasa dan Pacuan
- Enjin AMG 4.0L V8 petrol.
- Kuasa 728hp @ 6,700-6,900rpm, tork 800Nm @ 2,000-6,000rpm.
- Transmisi dual-klac AMG Speedshift DCT 7G.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 3.2 saat.
- Kelajuan maksimum 325kmj.
Talaan dan Ubah Suai Dilakukan Mercedes-AMG GT Black Series
- Spliter gentian karbon dilaraskan pada posisi Race.
- Bilah bawah dan atas spoiler belakang dilaraskan pada posisi tengah.
- Suspensi diturunkan 5mm (depan) dan 3mm (belakang) untuk tambahan kesan venturi pada difuser depan.
- Kamber dilaraskan tahap maksimum, -3.8º di depan dan -3.0º (belakang).
- Bar anti -leng dilaraskan pada tetapan paling keras.
- Kawalan traksi antara posisi enam dan tujuh bergantung kepada seksyen litar. Ada sembilan posisi kawalan traksi AMG.
Tayar dan brek
- Menggunakan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R MO dengan kompaun lembut. Tayar standard dibangunkan dengan kerjasama Michelin.
- Dpasangan sistem brek AMG seramik, komposit berprestasi tinggi.
Perlindungan Pemandu
- Pakej Trak dengan perlindungan kemalangan terbalik (rollover) dan tali keledar 4-poin.
Masa dan Keadaan Litar
- 4 November 2020, 5:02 pm ketika Maro Engel melepasi lampu isyarat sistem pemasaan.
- Masa terpantas 7ºC (suhu luar) dan 10ºC pada aspal.
- Beberapa bahagian litar belum kering sepenuhnya.
Pengukur Masa
- Wige SOLUTIONS.
Walaupun Mercedes-AMG GT Black Series ialah kereta jalanan, kereta ini turut dilengkapi komponen kereta lumba seperti bonet gentian karbon dan dua outlet besar.
Tujuannya, mengalirkan keluar udara panas dari enjin. Ia juga meningkatkan lagi daya mendap sama seperti sayap belakang dan sebahagian besar bawah kereta yang tertutup.
BACA >>> Mercedes-AMG GT Black Series dengan DNA Jentera Lumba, RM1.8 Juta!
Leave a Reply