• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW Dedah Konsep Skuter Elektrik Definition CE 04

BMW Dedah Konsep Skuter Elektrik Definition CE 04

November 18, 2020 By Azizi H Leave a Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad terkenal dengan model konsep futuristik, dan baru-baru ini melancarkan skuter elektrik, Definition CE 04.

BMW sebelum ini pernah mempamerkan skuter konsep Concept Link pada 2017, dan Definition CE 04 ialah sebahagian kejayaan itu yang semakin hampir kepada model pengeluaran.

Menerusi konsep baharu ini, BMW cuba memberikan bayangan mobiliti masa depan tentang rekabentuk sesebuah skuter elektrik. Seperti dilihat pada gambar, konsep Definition CE 04 mengetengahkan rekabentuk bukan konvensional yang tidak seperti trend masa kini dengan lantai panjang dan rendah, pelana apung rata dan bahagian peg kaki seperti skuter maksi. Ruang lantai kaki kini menempatkan pek bateri.

Kelebihan rekabentuk ini ialah pusat graviti rendah dan ruang storan bawah pelana hang cukup untuk memuatkan satu helmet.

Seiring tema mobiliti terhubung, konsep Definition CE 04 dilengkapi skrin TFT warna penuh 10.25 inci yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar pemilik untuk akses kawalan muzik, panggilan dan navigasi.

BMW juga membangunkan kelengkapan menunggang yang sepadan dengan skuter konsep itu. Antara ciri lain ialah parka dengan fungsi pengecasan telefon pintar wayarles terbina dalam.

Jika dibandingkan skuter elektrik masa kini, rupa konsep Definition CE 04 jauh lebih maju. Pasti ramai tidak sabar menanti model konsep ini menjadi realiti, tetapi masih memerlukan masa beberapa tahun lagi untuk jadi kenyataan.

BACA >>> KTM Akan Lancar Skuter Elektrik dengan Rekabentuk Ekstrem di India
BACA >>> CFMoto 300GT-E - Motosikal Elektrik untuk Polis yang Boleh Ditunggang Sejauh 150km

Related

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW Definition CE 04, BMW Motorrad, roda2, skuter elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my