DEMI meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pengguna jalan raya, UMW Toyota mengadakan kempen 'Safety is Love' selama setahun di pengedarnya yang terpilih.
Sepanjang tempoh kempen, UMW akan menyampaikan mesej keselamatan jalan raya menerusi penggantungan bunting di kesemua pusat pameran selain siri ceramah.
Bagi siri ceramah, pengguna bakal didedahkan pelbagai panduan keselamatan jalan raya seperti punca berlaku kemalangan, cara pemanduan selamat dan lain-lain.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, pihaknya sentiasa mementingkan aspek keselamatan pengguna jalan raya biarpun setiap kenderaan Toyota dilengkapi pelbagai ciri kesleamatan terkini.
" Kemalangan boleh terjadi pada setiap masa yang mungkin berpunca daripada pelbagai faktor seperti kecuaian pemandu, kondisi jalan dan gangguan lain. Sebagai pengeluar kenderaan yang sentiasa ambil berat aspek keselamatan pengguna, penganjuran kempen ini adalah antara tanggungjawab sosial syarikat selain menyokong usaha penuh Jabatan Keselamatan Jalan Raya.
" Kami berharap kempen ini mampu memberi kesedaran buat pelanggan dan pengguna jalan lain serta mencapai objektif utama iaitu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya," katanya.
Leave a Reply