• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?

Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?

November 24, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AUTOBY melakukan ujian perbandingan prestasi antara dua sportbike suku liter popular, Honda CBR250RR dan Kawasaki Ninja ZX-25R di litar Fuji Speedway, Jepun yang terkenal dengan trek lurus panjang.

Seperti mana kita tahu, CBR250RR dipacu enjin baharu berkuasa 39hp @ 13,000rpm, manakala Ninja ZX-25R (enjin 4-silinder) pula menghamburkan kuasa maksimum 43hp @ 15,500rpm. Keputusan ujian diperoleh menerusi bacaan peranti GPS dan bukan spidometer.

BACA >>> Stok Terhad, Tempahan Berduyun, Kawasaki Ninja ZX-25R Terpakai Cecah RM42k!

KEPUTUSAN:

Honda CBR250RR (2020)
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.97 saat
  • Kelajuan maksimum 167.442kmj
Kawasaki Ninja ZX-25R (2020)
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 6.08 saat
  • Kelajuan maksimum  175.325kmj

Berdasarkan keputusan, kelajuan maksimum Ninja ZX-25R ialah 8kmj lebih berkuasa daripada CBR250RR. Beza ouput kuasa kedua-dua model ialah 4.9hp, manakala jurang kelajuan 8kmj itu boleh dikatakan masuk akal.

Kepantasan pecutan CBR250RR mengatasi Ninja ZX-25R kerana tork model Honda itu lebih tinggi 4Nm, manakala rev (rpm) dicapai lebih awal pada 11,000rpm berbanding model Kawasaki, 13,000rpm.

Menurut AutoBy, CBR250RR (2021) baharu menghasilkan tork lebih besar pada ligatan rev sama seperti model terdahulu. Ia dicapai dengan menaik taraf enjin seperti nisbah mampatan diperhalusi. Hasilnya ialah pecutan 0-100kmj menakjubkan dan apabila menukar gear 2, tork dihasilkan mampu mengangkat roda depan.

Sebaliknya, kelajuan maksimum dan karakter enjin Ninja ZX-25R mula meningkat pada kelajuan tinggi. Namun, dalam mengukur prestasi 0-100kmj, tork adalah lebih penting berbanding output kuasa.  Di sini, CBR250RR nyata lebih dominan.

Sebagai makluman, ujian tunggangan dilakukan atas trek lurus dengan kontur lereng mendaki dalam 2-3 peratus. Ninja ZX-25R adalah 15kg lebih berat daripada CBR250RR. Keputusan ujian ini mungkin sedikit sebanyak memberikan kita input maklumat mengenai dua model sportbike itu.

BACA >>> Honda CBR250RR (2020) Indonesia Ada Dua Varian Enjin, Malaysia Dapat Mana Satu?
BACA >>> Finja 500 - Lagi Sportbike Ciplak Buatan China, Kawasaki Ninja ZX-10R Pula Jadi Mangsa

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: AutoBy, Honda, Honda CBR250RR, Kawasaki, Kawasaki Ninja ZX-25R, roda2, sportbike, Sportbike Suku Liter

Comments

  1. Jan says

    November 24, 2020 at 1:30 PM

    top speed dalam track pun beza jauh, rasanya kalau atas jalan, zx25r mesti bleh tinggal cbr lagi jauh.

    itu baru spec jepun, kalau spec indo, lagi power.

    tapi yelah, 2 piston lawan 4 piston, nak buat cmne 😀

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my