CERITA mengenai motosikal 4-silinder tidak boleh dihuraikan dengan angka saja. Penunggang uji Jepun, Hiroshi Maruyama diberikan tanggungjawab melakukann ujian perbandingan kuasa.
Maruyama daripada portal permotoran, Young Machine melakukan ujian menggunakan kit kuasa penuh yang dibangunkan pengeluar alat ganti lumba dari Jepun, Trick Star.
Seperti mana kita tahu, output kuasa Kawasaki Ninja ZX-25R antara Indonesia dan Jepun sedikit berbeza yang mana versi negara jiran 49hp (50ps), manakala Jepun, 44hp (45ps).
Ujian menggunakan komponen Trick Star itu terdiri daripada set tiga unit, iaitu komputer, mufler dan sistem ambilan (intake). Dengan menggabungkan ketiga-tiga bahagian itu pada ZX-25R spesifikasi Jepun, output disasarkan adalah lebih 49hp (setiap unit dijual berasingan).
Sebenarnya, pembangunan kit berkenaan baru saja bermula. Namun, bagi jentera Kawasaki kelas 250 di Kejuaraan Asia, Enduran Dunia (ZX-10R) dan Taste of Tsukuba Japan (Ninja H2R), ia sudahpun diuji dengan Trick Star dalam usaha memahami karakteristik setiap model.
Buat masa ini, Trick Star sedang membangunkan beberapa jenis mufler ZX-25R. Jika digabungkan mufler murah, ia cuma berharga kurang 200,000 yen (RM7,860) untuk set tiga unit itu. Selagi ada perbezaan output antara versi asal spesifikasi Jepun dan unit modifikasi kuasa penuh, perminataan terhadap kit talaan itu akan jadi lebih rancak pada masa depan. Jika mendapat sambutan, industri aftermarket Jepun pasti melonjak.
Trick Star juga sedang membangunkan pelbagai mufler ZX-25R, dan salah satu jenis keluli tahan karat dengan harga dijangka sekitar 108,000 yen (RM4,250), tidak termasuk cukai. Bagaimanapun tarikh pengeluar belum diputuskan.
BACA >>> Interviu: Kenapa Projek Kawasaki ZX-25R Dibangunkan Semula?
BACA >>> TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!
BACA >>> 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran
SUMBER: YoungMachine
Jan says
motor ni mcm dah x hype kat malaysia. semua sbb harga yg terlalu mahal, dan org malaysia mampu dapat motor yg lagi besar dgn harga tu.
AI says
nak buat mcm mana sebab cukai mahal dan kita lambat sangat bawa masuk, negara lain dah sampai awal jadi orang dah bosan menunggu. mcm bro ckpla kalau harga lebih RM30k nk dekat RM40k orang akan bandingkan dengan model lain. kita tgk saja nnt kalau malaysia bawa masuk
Wan gsxr says
Haha baik ak pakai naza blade je ..murah lg murah 😆😆..bunyi pun sodap .. maintenance pun xsakit 🤪